Seperti yang dijanjikan akhirnya
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dilancarkan secara rasmi hari ini. Parti yang diterajui oleh bekas Menteri UMNO dan pemimpina kanan
Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Zaid Ibrahim (foto) itu turut dibarisi oleh beberapa orang pemimpin politik terkenal tanahair. Antara mereka termasuk Ahli Parlimen Padang Serai,
N.Gobalakrishnan dan Presiden PPP,
Datuk M.Kayveas. Turut kelihatan hadir ialah bekas Setiausaha Agung PKR,
Datuk Sallahuddin Hashim dan bekas Timbalan Setiausahanya yang dipecat iaitu
P.Jenapala. Ramai bekas pemimpin PKR, SNAP dan lain-lain parti politik juga dilihat hadir pada program itu pagi tadi.
"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya. Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.
Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, AKIM sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember tahun lalu.
Inilah barisan KITA, antara pemimpin parti yang diterajui oleh Zaid
[Dengan pelancaran rasmi parti yang dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim ini, maka ia dilihat bakal menjadi pesaing hebat kepada UMNO BN dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya, sempatkan parti Zaid itu menyertai pilihanraya umum nanti?. Apapun, kemasukan ramai pemimpin politik sedia ada ke dalam KITA membuktikan pengaruh Zaid bukanlah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Prinsip perjuangan adalah lebih jelas dan terbuka berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO atau PKR sebelum ini. Cuma apakah dalam KITA tidak akan wujud amalan proksi dan cantas-mencantas seperti yang amat ditakuti oleh Zaid dulu. Khabarnya ramai lagi pemimpin PKR dan UMNO yang akan menyertai Zaid selepas ini, termasuk dari Pahang ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan