Khamis, 13 Januari 2011

Edisi Pahang: Pengurus Felda Tembagau 1 Berani Ugut Peneroka Tanda Tangan 'Aku Janji' Sebelum Diberikan Bonus Insentif Produktiviti Peneroka !!

BERA, 12 Jan [6.37 pm] - Beberapa orang peneroka dari Felda Tembangau 1 dekat sini, kesal dengan sikap pengurus di rancangan berkenaan yang mengambil kesempatan ‘mengugut’ peneroka menandatangani aku janji ketika menerima wang Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). Borang bertajuk Kes Kajian Keberkesanan Sistem Penyampaian Felda itu, menyenaraikan tiga pilihan untuk ditanda oleh peneroka sama bersetuju atau tidak bersetuju. Pilihan pertama berbunyi pemberian bonus (BIPP) oleh Felda; terima kasih banyak, semoga Felda sentiasa maju, mudah-mudahan bonus BIPP diberi pada tahun-tahun akan datang. Saya akan bersama Felda walaupun susah ataupun senang. Pilihan kedua, Felda menipu sepatutnya bonus BIPP banyak lagi, saya tidak memerlukan bonus ini, saya bersedia untuk saman Felda di masa hadapan. Ketiga, catitkan yang difikirkan selain di atas. Menurut peneroka yang enggan disiarkan namanya, keadaan ini membuatkan 279 peneroka di tanah rancangan berkenaan dalam keadaan serba salah. “Masalahnya apabila di hadapan pengurus tentulah peneroka akan bersetuju dengan pilihan nombor satu kerana jika ditanda pada pilihan nombor dua, mereka tak dapat wang BIPP. “Mungkin pengurus itu mahu membuat survey tentang pendirian peneroka berkaitan dengan pelbagai isu termasuk saman Felda ke belakangan ini. Tetapi cara ini seolah-olah mengugut peneroka,” katanya. Tambahnya lagi, beliau difahamkan tidak semua pengurus rancangan yang mengeluarkan borang untuk ditandatangani kerana peneroka-peneroka Felda Tembangau 2 tidak dikehendaki berbuat demikian. Baru-baru ini, Felda telah membayar wang BIPP kepada peneroka yang telah menjualkan hasil ke kilang Felda bernilai antara RM400 hingga RM1,200 setiap orang. selamatkanpahang

[Nampaknya, Felda semakin takut dan gusar dengan penolakkan peneroka terhadap institusi itu sendiri. Akhirnya, mereka tergamak gunakan Pengurus Felda sebagai "kuda tunggangan" bagi melempiaskan api kemarahan itu. Bonus yang sepatutnya diterima oleh para peneroka tanpa ada sebarang syarat itu akhirnya dijadikan alat untuk mengugut mereka. Sungguh memalukan, bila melihat ini caranya mentaliti puak-puak pengurus Felda sekarang. Mereka rela diperalatkan semata-mata mahu mempertahankan dasar yang telah jelas menyeleweng itu sebenarnya. Menggertak peneroka untuk menandatangani satu aku janji yang berbaur politik seperti itu, jelas menggambarkan ketakutan UMNO BN untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Harus diingat Tembangau 1 terletak dalam parlimen Bera yang diwakili oleh Menteri Naik Harga si Ismail Sabri Yaakob. Maka, apakah beliau berpeluang mempertahankan diri dalam pilihanraya umum akan datang atau dihumbankan oleh seluruh rakyat di kawasan itu nanti. Justeru itu, UMNO BN harus berhati-hati dengan gelombang kebangkitan rakyat. Usahlah "buat kerja" yang tidak senonoh seperti ini].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan