Selasa, 18 Januari 2011

Najib hanya berani berkokok di sebalik skrin tv..

MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini. Dia berkata Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Tambahnya lagi, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dahulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang itu.

Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadirin pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu".

Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya.

Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut, pengecut, bacul, takut bini dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya hanya berani bercakap di layar televisyen sahaja.



Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%.

Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis.

Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan. [ttdi.kl 6:20 pm 18/01/11]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan