Selasa, 25 Januari 2011

Penglibatan NGO mendekati anak muda berkesan di Tenang

Oleh Amizudin Ahmat

Masyarakat Melayu di DUN Tenang masih merasa takut untuk didekati oleh Pakatan Rakyat. Mereka bimbang akan dilabelkan sebagai ahli PAS atu PKR jika mereka hadir dalam majlis -majlis Pakatan Rakyat



Mereka takut disisihkan dari masyarakat, al maklumlah Pakatan Rakyat di Tenang adalah golongan minoriti.

Dari satu sudut yang lain, mereka sebenarnya mahukan maklumat daripada Pakatan Rakyat. Mereka mahukan penjelasan dari kita.

Mereka juga perlu membuat keputusan yang bijak semasa membuang undi 30 januari 2011 nanti. Tapi ketakutan untuk hadir ke majlis kitalah yang menghalang maklumat sampai ke pengetahuan mereka.

Langkah terbaik kita perlu menemui mereka di kediaman-kediaman mereka atau ditempat-tempat yang mereka kunjungi. Beramah mesra bersama mereka, berikan sentuhan lembut kepada mereka, pasti maklumat yang mahu kita sampaikan bakal diterima baik.

Pendekatan yang lebih memberikan kesan positif adalah penampilan kita dengan tidak menggunakan label parti. Pertubuhan NGOs yang pro Pakatan Rakyat perlu dimanfaatkan.

Pencatat melihat penglibatan ANAK, SAMM dan AIC sebagai NGOs yang berkesan dalam mendekati golongan anak-anak muda di DUN Tenang ini.

Beberapa program telah dijalankan dan kesannya amat baik. Anak-anak muda yang sebelum ini tidak pernah memperdulikan soal politik kini berani secara agresif terlibat sama dengan kami.

Tidak mustahil dengan sentuhan yang kami berikan, perubahan besar dari kalangan Anak-anak muda akan dirasai menjelang hari pengundian 30hb ini. Berita lanjut di sini.

Untuk melihat gambar-gambar aktiviti2 anak muda SAMM di Tenang klik di sini



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan