Isnin, 17 Januari 2011

Perbicaraan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Tetapkan Mulai Dari 14 Feb Hingga 25 Mac ini !!

KUALA LUMPUR 17 Jan [12.12 pm] - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Februari hingga 25 Mac ini untuk sambung perbicaraan kes liwat babitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika sebutan kes itu di kamar beliau hari ini. Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 hingga 4.30 petang (26 Jun 2008).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan