January 19, 2011 No Comments
Belum pun selesai proses penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil ke14 di DUN Tenang berjalan pada 22 Januari ini, kemungkinan besar satu lagi Pilihanraya Kecil akan diadakan. Kali ini Selangor bakal menjadi tumpuan apabila sebentar tadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Dato’ Teng Chang Kim mengumumkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang yang diwakili oleh Badrul Hisham Abdullah.
Badrul Hisham Abdullah memenangi kerusi tersebut atas tiket KeADILan pada pilihanraya umum lalu dengan memperolehi majoriti sebanyak 4407 setelah menewaskan wakil UMNO. Namun kini , Badrul Hisham Abdullah memilih untuk tidak berparti dan menjadi wakil rakyat bebas di DUN tersebut semenjak 29 Oktober 2009 setelah hilang tanpa dapat dikesan oleh pelbagai pihak termasuk keluarga dan parti. Beliau tiba-tiba muncul disaat kepanasan aktiviti lompat-melompat wakil-wakil rakyat pengkhianat dan turut serta mengumumkan keluar dari KeADILan.
Untuk rekod, beliau juga telah diheret ke Mahkamah setelah mahkamah menerima 5 tuntutan menurut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Kelurga Islam Negeri Selangor yang dipohon Isterinya . Permohonan cerai Fasakh tersebut difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 22 Februari 2010.
Menurut Dato’ Teng Chang Kim, kerusi DUN Pelabuhan Kelang diisytiharkan kosong pada tarikh 16 Januari 2011 akibat kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang DUN selama 6 bulan berturut-turut tanpa sebab. Kali terakhir dia kelihatan di dalam sidang dewan adalah pada 15 Julai 2010. Perkara ini diputuskan mengikut Artikel 69 dan 70 Perlembagaan Negeri yang menafikan sebarang bentuk rayuan.
Menurut Dato’ Teng lagi, beliau hanya menerima surat penjelasan mengenai kegagalan hadir oleh Badrul pada 10 November lalu yang memberi alasan bahawa Badrul sedang menjalani rawatan tradisional di Pahang. Namun beliau menjawab dalam suratnya yang bertarikh 21 Disember bahawa penjelasan itu tidak diterima kerana sepatutnya Badrul memohon cuti lebih awal.
Kini kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Kelang ini akan dimaklumkankepada pihak SPR dan SPR sendiri akan membuat keputusan mengenai tarikh PRK ke 15 yang amat dinanti-nantikan rakyat Selangor.
Pastinya jika berlaku satu pilihanraya kecil di Selangor ia akan menjadi tumpuan seluruh negara. Bukan sahaja kerana ini merupakan indikator kejayaan dan penerimaan rakyat Selangor kepada pemerintahan KeADILan dan Pakatan Rakyat namun juga sebagai cabaran besar buat Najib Tun Razak yang kini mengepalai rejim UMNO di Selangor yang bercita-cita besar untuk menggulingkan pentadbiran Kerajaan Berkebajikan di Selangor kini.
Tumpuan diberikan kepada beberapa nama besar dalam politik Selangor kini. Di pihak KeADILan, kemungkinan besar nama-nama seperti Dr Badrul Amin Baharom yang kini merupakan Pengarah Komunikasi diPejabat MB Selangor menjadi sebutan. Beliau bukan sahaja terkenal dikalangan anggota parti malah di seluruh Selangor dengan aktiviti LayarRakyat setiap minggu disamping penyampaian kuliah dan ceramah agama seluruh negeri. Keperibadian beliau sebagai seseorang yang setia dan istiqamah dalam perjuangan juga pastinya memberi lebih banyak kelebihan. Bekas Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa ini pernah ditahan dibawah akta zalim ISA pada kemuncak kerjaya dan popularitinya. Antara nama-nama lain yang mungkin dipertimbangkan adalah Bekas Ketua AMK Selangor (sehingga artikel ini ditulis,AMK Selangor masih belum putus mengenai ketua mereka) Sdr Khairul Anuar atau Jonah. Beliau seorang anak muda yang lantang bersuara pernah bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU 12 lalu menentang Najib Tun Razak. Jika parti memutuskan untuk meletak calon wanita pula nama-nama seperi Setiausaha Politik Menteri Besar Sdri Faekah Hussin, Bendahari KeADILan Negeri Selangor Y.M Tengku Maraziah Tengku Sulaiman atau bekas Ahli Parlimen Klang Datin Paduka Tan Yee Kew yang kini Ketua Penerangan KeADILan Selagor boleh dipertimbangkan.
Dipihak UMNO pula sudah tentu persaingan sengit untuk menjadi calon akan berlaku. Pastinya Ezam Mohd Nor yang makin aktif dalam UMNO Selangor akan berusahamelobi kerusi panas tersebut. Walaupun ini yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan anak didiknya dalam AMK kini dan juga panglima-panglima besar KeADILan seperti Azmin Ali, Shamsul Iskandar dan laijn-lain laluan untuk Ezam dijangka sukar. Kemarahan anggota UMNO apabila dia dilantik sebagai Senator masih belum reda. Kalau reda pun Ezam perlu melalui UMNO Bahagian Kelang yang mahukan kerusi itu kekal diwakili mereka. Calon lalu, Roselinda Abdul Jamil adalah menantu kepada bekas ADUN kawasan tersebut. Kemungkinan Ketua UMNO Bahagian, Dato Mazlynorr Abdul Latif untuk bertanding juga boleh dipertimbangkan disamping Ketua Pemudanya, Zainuri Dato’ Hj Zainal.
Dengan pecahan data seperti di bawah, kini pastinya KeADILan dan UMNO sedang mencongakpeluang masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan