Selasa, 25 Januari 2011

Salah Seorang Pengasas Parti Keadilan, Ng.Lum Yong Isytihar Menyertai MCA Kerana Kononnya Hilang Kepercayaan Kepada Kepimpinan PKR !!

LABIS, 25 Jan [3.45 pm] - Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong (foto) hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MCA kerana hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang itu. Beliau yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang memegang kad keahlian 00012 itu berkata, keputusannya juga dipengaruhi kerana parti itu juga tidak tetap dengan matlamat dan prinsip perjuangan. Katanya, sejak penubuhannya 12 tahun lalu parti itu mempunyai pelbagai agenda termasuk reformasi, agenda perubahan, Malaysia Baru, Selamatkan Malaysia dan Reformasi ke Putrajaya yang dilihat mengelirukan dan tiada matlamat yang tetap. "PKR sudah tidak ada agenda perjuangan yang tetap. Agenda perjuangan yang mereka ada adalah agenda perjuangan seorang yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana Anwar Ibrahim itu hebat. Di dunia ini tidak ada satu parti, pemimpinnya tidak perlu dipilih dalam proses pemilihan. Dia (pegang jawatan ketua) seumur hidup. "Dia sebut dia ketua umum, tapi dia bukan ketua umum, dia ketua ketuanan PKR, kerana semua proses pemilihan apa jawatan pun mesti dipersetujui oleh dia dan Majlis Tertinggi parti tidak ada kuasa," katanya pada sidang media di Bangunan MCA dekat sini. Secara simbolik mengistiharkan keluar parti, Lum Yong turut mengoyakkan kad keahliannya dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan