Selasa, 25 Januari 2011

Salam Tenang Dari Tenang

Mengambil sikap berterus terang, blog ini dibangunkan bagi mengatasi masalah kelembapan liputan yang diberikan oleh harakah (lidah rasmi PAS?) bagi pilihan raya N05 Tenang, Labis Johor. Khabarnya ada masalah kewangan yang kronik untuk datang ke Tenang. Umum mengetahui sara hidup di Johor sangat tinggi. Wajar semua faham jika harakah terpaksa lambat membuat liputan. Contoh terbaik adalah harga air. Faktanya ia 3 kali lebih mahal daripada Pulau Pinang (baru menaikkan tarif air), dengan nisbah 60 kepada 22.  Juga rasa dukacita terhadap beberapa laporan kurang tepat sama ada liputan dari blog-blog pro PR apatah lagi pro BN.Matlamat bersama ingin melihat PAS mencapai kejayaan menang atau kalah. Namun percaya kejayaan sebenar adalah apabila sudah berusaha bersungguh dan bukan mengeluh.

Optimis, Seorang guru terbaik dalam perkhidmatan... Kita bongkar kehebatan beliau!

Apa-apapun, salam Tenang dari Tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan