Rabu, 5 Januari 2011

~ SELANGOR KECEWA DENGAN PENGHAKIMAN TERBUKA~


Kerajaan Negeri Selangor amat kecewa dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock.





Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan.




Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya dan Kerajaan Negeri sarankan pihak polis dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan lanjut.





Bagaimanapun, penghakiman ini mencerminkan kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan semua tahanan dan saksi dalam sebarang siasatan; kita tidak hairan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM semakin merosot.





Demi mencari kebenaran dan mengembalikan keyakinan rakyat, kita sarankan sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera demi membuat siasatan yang menyeluruh.




Kerajaan negeri ulangi lagi komitmen kami untuk bersama keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam mencari keadilan dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.






TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan