Oleh: azhrddn
"Meneliti desakan rakyat Malaysia terhadap kerajaan berhubung kelembapan tindakan mereka diawal-awal krisis Mesir sangat menaril perhatian. Bermula dengan kenyataan lemah Menteri pengajian Tinggi sehinggalah kelembapan tindakan pihak Duta di Mesir, semua itu di omong-omongkan merata-rata baik daripada ibubapa, NGO-NGO ataupun pelajar yang menuntut di sana.
Suka atau tidak sebenarnya desakan inilah antara punca kerajaan bertindak memperbaiki misi menyelamat dan memberikan kenyataan terkini yang meyakinkan rakyat. Kejayaan kerajaan adalah kejayaan rakyat.
Bila desakan rakyat berkata “ karajaan Malaysia sambil lewa “, mereka terus menafikannya dengan tindakan. Bila maklumat dari Duta menyatakan kos pulang ke Malaysia dari Jeddah adalah ditanggung sendiri, rakyat mendesak dan memerli “ kerajaan bakhil…”, keesokan hari kerajaan menafikannya dengan kenyataan PM “ semuanya akan ditanggung kerajaan….”. Begitulah kehebatan kesan positif kuasa rakyat.
Tapi malang desakan-desakan itu kini dianggap fitnah oleh PM dan media masa mereka. Rujuk: Utusan Malaysia
Di dada akhbar milik mereka saban hari di muka depan, dengan tulisan besar dan temuramah pelajar menyiarkan sesuatu yang sangat merisaukan ibu bapa. Tidur berteman pisau, kelaparan, makanan dicatu, kepala diacu pisto, dan macam-macam lagi gaya tajuk akhbar yang menambahkan rasa kebimbangan. Suara temu bual semuanya cemas-cemas belaka. Mustahil tiada yang berkata mereka selamat di sana. Bukan salah untuk meningkatkan rasa waspada. Tapi ia sudah berlebih dari hadnya kerana mungkin disebaliknya ada skrip dan cerita.
Dipenghujungnya saya menjangka, jiwa-jiwa resah ini cuba di heret untuk memuja-muja manusia. Beliaulah hero, berjiwa rakyat, berkorban harta dan macam-macam lagi pujian melambung langit.
Untuk rakyat hanyalah cemuhan : si rakyat yang tidak berterima kasih, si rakyat yang suka menimbul fitnah atau si rakyat pembangkang yang hanya tahu membangkang dan tidak mahu berkerjasama.
Agak semacam tidak adil untuk saya berpandangan begini. Konon-konon saya tak kenang budi. Tetapi apa yang saya maksudkan sebenarnya ialah jangan tuduh desakan rakyat sebagai fitnah, jangan mengugut rakyat untuk beralih undi, rakyat tidak mengemis simpati tapi kerajaan bertanggungjawab melancar misi. Bantuan adalah tanggungjawab bukan syarat memadam kezaliman diri,duit misi adalah duit rakyat, kejayaan misi juga adalah kejayaan rakyat.
Masih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksana. Nyawa keluarga Mamali masih belum terbela, harga barang naik mencanak gila. Cukai GST mencuri dalam sunyi. Sikap mulut penguasa berkokok hina islam, buntut pula berlumur tahi makin menjadi-jadi. Banyak lagi kepincangan.
Sama-samalah memperbaikinya. Jikar rakyat berkata : Terima kasih kerajaan….kerajaan membalas : terima kasih rakyat. Adakah ada apa-apa yang perlu dirisaukan lagi ??
Pertolongan kerajaan adalah tanggungjawab….
Desakan rakyat adalah nasihat……..
Hidup Rakyat…."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan