Rabu, 9 Mac 2011

Anwar dibekal 4 wanita untuk seks : siapa cakap benar Anwar atau Mahathir?

Oleh: sofiwahab

"Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad memang konsisten menuduh Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat sejak dari 1998. Kini beliau mengeluarkan cerita baru dalam bukunya menuduh bahawa Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks.

Dalam bukunya Mahathir mencoretkan bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Berat sungguh tuduhan Mahathir ini. Hukum menuduh orang berzina bukannya suatu perkara yang kecil dan boleh dibuat main-main.Semua tuduhan di atas dinafikan oleh Anwar.

Bila seorang menuduh dan si tertuduh tidak mengaku maka sudah tentu salah seorangnya pembohong dan pemfitnah. Jadi antara Mahathir dan Anwar siapa yang pemfitnah dan pembohong. Cuba tuan-tuan renung air muka dan wajah kedua-dua pemimpin tersebut agak-agaknya siapa pembohong dan siapa yang bercakap benar.

SILA LAYARI http://mutaligat.blogspot.com/ untuk cerita lain."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan