Ahad, 20 Mac 2011

Gempa bumi Jepun: Angka korban di Miyagi sahaja lepasi 15,000

March 20, 2011
TOKYO, 20 Mac — Angka korban bencana berganda gempa bumi dan tsunami Jepun dijangka melepasi 20,000 orang memandangkan wilayah Miyagi sahaja dipercayai sudah mencecah 15,000 orang.
Agensi berita Kyodo memetik polis tempatan berkata 15,000 orang kemungkinan di Miyagi, antara kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.
Maklumat minggu lalu berkata 10,000 dikhuatiri hilang di kawasan itu.
Lebih 7,000 orang sudah disahkan terbunuh dalam tragedi gempa bumi dan tsunami dalam 140 tahun sejarah Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan