Rabu, 9 Mac 2011

Kerana Mahu Bawa 'Perubahan' Buat Mahasiswa, Akhirnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Pula Di Desak 'Letak Jawatan' Oleh Blogger Pro UMNO !

Gara-gara tindakan beliau yang lebih terbuka dalam isu kebebesan untuk mahasiswa, kini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (foto), pula dikritik dan diserang oleh blogger dan penyokong UMNO BN. Bagi mereka, tindakan Ahli Parlimen Temerloh yang mahu memberi ruang kepada mahasiswa untuk menentukan pendirian masing-masing semasa di kampus membuktikan Saifuddin telah terikut-ikut dengan "budaya pembangkang". Kononnya saranan Saifuddin agar kerajaan tidak melabel-labelkan mahasiswa kepada kumpulan tertentu menunjukkan yang menteri terbabit sebenarnya "tali barut pembangkang" dalam kerajaan. Lantaran itulah pihak terbabit sanggup membuat laman sembang sosial "Facebook Khas" untuk mendesak agar Saifuddin meletakkan jawatan beliau. Soalnya sekarang, apakah dosa dan kesalahan menteri terbabit hingga menyebabkan pihak terbabit bertindak demikian. Dek kerana perasaan marah apabila Saifuddin sering membela dan mempertahankan hak serta kebebasan mahasiswa, maka beliau akhirnya ditekan sebegitu rupa. Sedangkan apa yang mahu dilaksanakan oleh Saifuddin itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh golongan mahasiswa. Mereka mahu diberi ruang sebebasnya untuk menentukan pilihan masing-masing. Tindakan kerajaan melabelkan mereka sebagai "pro-aspirasi" dan "pro-mahasiswa" jelas sekali tidak wajar sebenarnya. Ini kerana, ia jelas sekali menyebabkan golongan mahasiswa itu sendiri berpecah dua.


Inilah dia Facebook yang dibina untuk desak Saifuddin letak jawatan
[Kerajaan seolah-olah mahu "kepala otak" mahasiswa hanya menyokong ke "satu arah" iaitu "pro-aspirasi" semata-mata. Mereka takut, mahasiswa menjadi pemimpin pembangkang satu hari nanti. Lantaran itulah dilabelkan "pro-mahasiswa" yang kononnya menyokong pembangkang. Elok benarlah tindakan Saifuddin Abdullah mahu mengkaji dan menhapuskan tanggapan ini. Sesungguhnya Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) itu dikaji semula, kerana jelas ia mengongkong mahasiswa untuk menyatakan pendirian secara bebas sebenarnya. Oleh itu kami amat menyokong tindakan Saifuddin dan berharap agar beliau dapat bawa agenda perubahan untuk kembalikan kegemilangan mahasiswa].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan