Sabtu, 19 Mac 2011

Pak Seman (bukan nama sebenar)

Oleh: budakjolobu

" Ada berpuluh malah beratus ribu rakyat yang masih hidup susah, masih miskin melarat hidup kais pagi makan pagi, tidur bawah jambatan, yang betul-betul memerlukan bantuan. Lihat saja paparan di media setiap hari. Apatah lagi tiba pesta pilihanraya. Jabatan Bantuan pula menawarkan berpuluh skim bantuan. Ada skim jangka panjang, jangka pendek, ada skim mee segera dan ada juga skim tak dijangka.

Cerita 1
 
Mari kita baca kisah ini. Pak Seman (bukan nama sebenar) bercadang ke Jabatan Bantuan untuk memohon bantuan mendirikan gerai nasi lemak. Dengan harapan tinggi melangit beliau datang mengadap pegawai Jabatan Bantuan bersama semua dokumen yang cukup lengkap menyokong permohonannya. Beliau merasakan permohonan ini patut diambil perhatian dan tindakan. Sesi temuduga dan soal jawab pun berlaku. Sabar, tarik nafas panjang-panjang duhai Pak Seman…peratus untuk kelulusan telah diberi perhatian tetapi lambat untuk tindakan. Awas…jangan marah-marah. Ini bukan kerana pegawai bertugas tidak buat kerja atau makan suap (walaupun ada yang makan suap).ini bukan kerana karenah birokrasi di Jabatan Bantuan (walaupun ada istilah kroni). Mengikut kaji selidik sesi temuduga Pak seman sememangnya layak dan wajib mendapat bantuan. Tetapi oleh kerana ada puluh ribu permohonan, Pak Seman terpaksa memunggu giliran…lama dan cukup lama. Satu lagi beliau lupa pada satu perkara yang menjadi pra syarat wajib untuk memohon sesuatu bantuan kerajaan. Apa dia – mendapatkan surat sokongan yang bukan dari pegawai kerajaan kelas A atau ketua kampong atau nazir masjid, tak laku! Apa yang perlu Pak Seman buat adalah pertamanya, beliau wajib mendaftar menjadi ahli parti. Keduanya, mengadap ketua bahagian atau wanita, atau pemuda. Ketiga dapatkan surat sokongan berlambang parti diperingkat Dun/ Perlimen. Paling cikai jumpalah ketua cawangan. Seterusnya kepilkan bersama-sama borang permohonan. Jika semua langkah ini Pak Seman buat….permohonan pak Seman akan diangkat dan segera diluluskan tanpa usul periksa…jika pegawai bertugas Jabatan bantuan banyak sembang,banyak songeh, maka alamatnya panas punggunglah dia. Percayalah harapan Pak Seman tidak sia-sia….
 
Mengapa ini terjadi? Mengapa gerombolan dilihat tersangat berkuasa dan membela…
 
Cerita 2
 
Nak dijadikan cerita, kawasan Pak Seman akan diadakan PRK kerana kematian Tok Wakil. Satu program menyampaikan bantuan oleh Pak Menteri kepada Pak Seman telah dicadangkan  akan berlaku. Jabatan Bantuan diarahkan untuk melaksanakan program tersebut. Maka bermesyuaratlah mereka, bertungkus lumus, berbincang bab jemputan, bab aturcara, makan minum, khemah, gimik, sidang media dan sebagainya….Kerja hakiki terpaksa ditolak tepi. Ini majlis Pak Menteri, ini arajan dari masa ke semasa wajib di patuhi dan akhirnya….Siap dan…beres…
 
Hari kejadian pun tiba…semua urusetia program siap siaga…khemah penuh. Makanan terhidang, pengacara resah gelisah, para media mula panas miang, jemputan berpusu-pusu diluar kawalan namun, Pak  menteri tak kunjung tiba…3 jam lebih menunggu barulah muncul…..hahaha…mari kita tengok siapa yang kena…
 
Majlis penyerahan gerai nasi lemak Pak Seman menjadi medan gerombolan menunjuk kuasa dan jasa. Maka disambutlah Pak Menteri dengan senyum lebar dan henjutan salam oleh sang songkok tinggi dari kelas ketua cawangan, pemuda, wanita hinggalah ke bahagian…baju batik, baju merah putih memenuhi setiap sudut…maka mereka pun berucap bergilir-gilir….puji memuji sesama sendiri sambil gelak tawa. Sesekali menghentam pihak lawan…berbunyi begini “apa yang pembangkang boleh buat…buat ceramah sambil minta sedekah….main belakang boleh la….bla bla bla bla…” hadirin pun bertepuk sakan. Terselit pula acara serah borang masuk parti gerombolan oleh Pak Seman. Gerai nasi lemak Pak Seman akan di sangkutkan Wi-Fi. Bantuan ditambah lagi 200 persen. Pak Seman senyum lebar. Majlis nampak meriah, penuh sesak oleh sang songkok tinggi dan para pengokong, makanan habis kena makan dan kena bungkus. Selesai acara makan-makan, Pak menteri terpaksa pula bersilat lidah menjawab soalan wartawan.
 
Majlis hari kejadian pun selesai. Pak Menteri balik atau berangkat ke majlis lain yang sama agendanya. Sang songkok tinggi juga balik mengiringi Pak Menteri. Wartawan balik bersama sunyum sinis, berita akan diedit. Mana yang ok saja keluar tv dan surat khabar. Jika keluar semua, alamat sampailah surat tunjuk sebab. Tinggallah urusetia majlis Jabatan Bantuan bersama senyum tawarnya, setia menurut perintah bekerja untuk kerajaan, menunggu bonus yang tak kunjung tiba.
 
Sekali lagi…. Mengapa ini terjadi? Mengapa gerombolan dilihat tersangat berkuasa dan membela…
 
Bagaimana United Malay National Organitation dilihat begitu berkuasa dan membela. Berjaya mengamalkan gerak kerja ‘tumpang tuei’ berabad lamanya. Percayalah rakyat terbanyak termasuk keluarga Pak Seman, pekerja-pekerja di Jabatan Bantuan, para wartawan sedang menilai cara kita melaksanakan gerak kerja, seandainya tersalah langkah dan masih mengamalkan kerja ‘tumpang tuie’ ini, …mereka berhak menolak kita….peringatan serupa juga kepada kerajaan PR
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan