Sabtu, 26 Mac 2011

Panas: Satu 'Laporan Polis' Di Buat Terhadap MB Pahang Serta Setiausaha UMNO Bentong Susulan Penyelewengan Kawasan Balak Yang Di Luluskan

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dan pembantunya serta Setiausaha UMNO Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan. Syarikat itu Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik UMNO Pahang. Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai Pengarah Urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee. Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar. Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja. Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak. mkini
[Sebenarnya pada 23 Januari tahun lalu (2010), satu laporan polis terhadap MB Pahang telah dibuat oleh Blogger Cucumatkilau (foto) di Balai Polis Batu Caves berhubung isu penipuan kawasan balak ini. Dalam laporan itu antara perkara utama yang dipertikaikan ialah tentang kelulusan permohonan pembalakan yang didapati jelas melanggar Akta Perhutanan Negara. Malah kawasan yang diluluskan itu pula bercelaru, sekejap tanah kerajaan dan sekejap tanah milik UMNO Pahang. Malah dokumen berkaitan juga telah ditunjukkan sebagai bukti kukuh tentant penyelewangan ini. Malah, tindakan meluluskan permohonan pembalakan atas tanah kerajaan yang dikhabarkan milik UMNO, sedangkan ia tidak mempunyai geran jelas bertentangan dengan amalan undang-undang sebenarnya. Laporan berkenaan kemudian telah diserahkan kepada Pengerusi Gerak, ketika itu iaitu Nazree Md Yunus (kini Ketua AMK Negeri Sembilan) untuk dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sila klik laporannya di SINI]

Gara-Gara Terpengaruh Dek Filem Hang Tuah, Si Rahim Tambi Chik "Berjaya Bangkitkan" Simpati Serta Sokongan Rakyat Terhadap Anwar Ibrahim

Kontroversi kes video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" nampaknya semakin panas sekarang ini. Apa tidaknya, nampak benar mereka yang terbabit mula gusar selepas beberapa maklumat penting dibocorkan oleh "orang dalam" sendiri. Maka kini ketiga-tiga "Datuk T" terbabit mula mencaturkan apakah strategi mereka untuk membuktikan lelaki yang terdapat dalam video seks tersebut adalah benar-benar "Anwar Ibrahim". Ramai yang mula sangsi dengan "konspirasi terbaru ini". Malah, dikalangan penyokong UMNO BN dan mereka yang selama ini sudah mula percaya kes liwat Anwar. Kini mula ragu-ragu dan bertambah simpati kepada Ketua Umum PKR itu. UMNO BN tersalah percaturan apabila menggunakan video seks tersebut untuk menjahanamkan masa depan dan karier politik Anwar. Apa yang berlaku kini rakyat mula yakin yang Anwar sebenarnya menjadi mangsa percaturan politik kotor musuh-musuh beliau. Bahkan terdengar suara rakyat kini yang mula yakin yang Anwar tidak bersalah dan beliau adalah mangsa konspirasi peringkat tertinggi. Memang benar kita ada dengar mereka yang terlibat telah dipanggil oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Namun, apakah kita boleh percaya bahawa ia untuk menyelesaikan kes atau memantapkan kes berkenaan. Semua ini dilihat seperti satu sandiwara yang akhirnya akan merosakkan minda rakyat yang tidak berdosa itu.

Agaknya Si Rahim Terpengaruh Filem Hang Tuah

Tambah mengejutkan apabila "Mastermind" video seks si Rahim Tambi Kecik mahu Anwar meletakkan jawatan beliau daripada politik. Kononnya dalam skandal seks beliau dulu, Awwar adalah pemimpin UMNO yang bertanggungjawab mahu beliau meletakkan jawatan. Punya dangkal minda bekas Ketua Menteri Melaka ini, patutlah hayatnya tidak panjang memimpin negeri Hang Tuah itu. Kenapa dia mahu Anwar letak jawatan? Sedangkan Anwar memang sudah pun dipecat oleh Mahathir daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 September 1998. Bukankah ini bermakna Anwar sudah terima hukuman dan kenapa beliau mahu Anwar letak jawatan lagi?. Bukankah Anwar sudah tidak duduk dalam UMNO dan kini menjadi Ketua Umum PKR. Mereka yang wajar menyuruh Anwar letak jawatan ialah ahli-ahli PKR itu sendiri. Kenapa Rahim Tambi Kecik begitu sibuk sangat. Nampak benar belai memang merancang untuk menjatuhkan Anwar dek kerana "dendam kesumat" lama yang masih beraja dihatinya. Apakah beliau akan menjadi seperti Patih Karma Wijaya dalam filem Hang Tuah (foto) itu agaknya. Gara-gara fitnah terhadap Hang Tuah kerana membuat onar dalam istana dengan gundik Sultan yang bernama Melor (kekasih Hang Tuah ketika menuntut ilmu di Gunung Ledang), maka akhirnya Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan. Agaknya, Si Rahim ni memang terpengaruh dengan filem tersebut agaknya. Lagi pun Hang Tuah adalah Pahlawan Melayu Melaka iaitu negeri asalnya Rahim Tambi Kecik itu.

Wajah Eskay Kelihatannya Seiras Wajah Anwar

Apa yang jelas menjadi kemusykilan rakyat sekarang ini ialah penglibatan Datuk Shazryl Eskay (foto) yang wajahnya mirip-mirip Anwar. Mengejutkan pula, bilamana dia mengaku turut terdapat dalam video seks tersebut. Jika benar dakwaan itu, ia menambahkan keraguan kita sebenarnya. Tambahan pula, apakah logik dek akal orang yang mahu melakukan kerja maksiat mahu orang lain berada dalam bilik tersebut?. Malahan, difahamkan wajah individu yang dituduh itu hanya dipaparkan sekali imbas sahaja dalam bentuk hitam putih. Makanya, jika dilihat kepada wajah Anwar dan Eskay, kalau dilihat sekali imbas maka memang hampir serupa. Apakah ini satu trick yang telah dirancang agaknya?. Inilah yang perlu difikirkan oleh rakyat sekarang. Banyak perkara yang tidak logik dan tidak masuk dek akal dipaparkan seperti Anwar menyuruh sahabatnya itu mengambi Jam Omega beliau yang tertinggal di dalam bilik hotel. Soalnya, bukankah Anwar itu mempunyai "pemandu peribadinya" sendiri. Kenapa perlu menyuruh orang lain?. Malah kenapa pula jam itu dicari dibelakang almari solek?. Paling bahaya, kenapa hotel tersebut meletakkan CCTV di dalam bilik?. Apa tujuannya selain mahu mengaibkan seseorang. Itu pun jika ia benar. Tetapi jika ia adalah palsu bermakna segala adengan yang berlaku ini adalah satu konspirasi jahat yang tidak bertamadun sebenarnya. Justeru itu, tidak perlulah kumpulan KRU mahu mengesahkan video itu yang asli atau palsu. Ini kerana umum mengetahui salah seorang anggota KRU itu adalah AJK UMNO di kawasan tempat tinggalnya sejak sekian lama. Makanya, kita sudah tahu jawapan yang sebenar dalam kes ini. Kenapa asli dan palsu tidak disahkan oleh Pakar Forensik atau jabatan yang berkenaan?. Cuba banding wajah mereka ini:-

[Satu persoalan yang timbul ialah Eskay juga ada menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh (Ahli Parlimen Sungai Petani) Dato’ Johari Abdul bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman. Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut. Jelas bahawa isu ini adalah satu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal. Maka fikirkanlah dengan sewajarnya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan