Selasa, 15 Mac 2011

Sambutan Luar Biasa Untuk Bob Lokman di Bagan Datoh.

by Misbah Munir Munir on Monday, March 14, 2011 at 11:27pm
Bob Lokman disambut luar biasa oleh rakyat di Rungkup. Seluruh lapisan masyarakat dari anak-anak kecil, orang muda, pertengahan, orang tua, kaum ibu dan sebagainya menyambut dengan penuh meriah. Perkarangan kedai di Rungkup dibanjiri orang ramai. Mereka terpegun mendengar ucapan yang serius oleh Bob Lokman dalam mengajak rakyat mencari kebenaran dan menyokong kebenaran. Dalam pencarian mencari kebenaran akhirnya beliau menemui PAS. Serta merta dunia glamournya ditinggalakkan sepenuhnya. kemewahan dan kekayaan juga ditinggalkan, Pendapatan yang lumayan sekitar 30 ribu sebulan ditinggalakan. Kini menjadi penceramah PAS yang popular. Dia tahu, ceramah dalam pentas PAS tidak mendapat sebarang upah yang besar, sekadar duit minyak dan tol. Namun itulah jalan yang dipilihnya. Beliau mahu rahmat dan berkat dari Allah swt. Ucapanya yang penuh dengan tazkirah, diselang seli dengan humor menggamatkan orang ramai. Semuanya disampaikan dalam nada selamba tetapi mempersona. Orang ramai tak jemu-jemu tetapi puas hati walaupun berucap sekitar 40 minit sahaja. Beliau begitu fasih menyebut ayat-ayat Allah dan hadis nabi saw dalam bahasa Arab. Pendek kata kalau kita tidak mengenali latar belakangnya, nescaya kita kata beliau juga seorang pendakwah yang sudah banyak pengalaman.Orang ramai berkerumun untuk mendapatkan tanda tangan dalam buku yang dijualnya, kehabisan buku, mereka menghulurkan baju untuk ditanda tangani. Beliau popular dalam dunia seninya, kini beliau juga lagi popular dalam bidang politik yang diceburi. Beliau boleh kaya dan senang lenang dengan dunia seninya,ataupun akan lebih kaya sekiranya UMNO BN pilihannya. Tetapi tidak pada Bob. Islam dan PAS yang menjadi pilihannya yang tepat.
Syabas BOB. Teruskan perjuangan. Semuga istiqamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan