Khamis, 17 Mac 2011

Si Zulkifli Nordin Lantang Menyerang Anwar Dan Pakatan Rakyat Muktahir Ini Dengan Ikhlas Hati Atau Ada Habuan Lumayan Yang Bakal Menanti !

Ramai yang terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu iaitu Zulkifli Nordin (foto) sekarang ini. Beliau yang pernah menjadi Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan antara penyokong kuat mantan Timbalan Perdana Menteri itu, kini dilihat semakin berani mengeluarkan pandangan dan pendapat yang panas-panas tentang Anwar, PKR mahu pun Pakatan Rakyat itu sendiri. Selepas diterajang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu, Zulkifli dilihat begitu gah untuk menyerang Anwar bertalu-talu terutamanya dalam isu berkaitan dengan kes liwat yang sedang dialami oleh Ketua Umum PKR itu. Soalnya kenapa Zulkifli begitu hebat sekarang ini?. Malah kenapa media arus perdana begitu mengambil berat setiap pendedahan panas yang dilakukan oleh beliau sejak akhir-akhir ini?. Apakah Zulkifli juga antara Wakil Rakyat Bebas yang telah menerima habuan selepas meninggalkan PKR agaknya?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sebenarnya. Bukan itu saja, beliau juga kini dilihat begitu bersemangat menjilat kembali ludahnya. Segala apa yang diperjuangkan olehnya selama ini kini sudah toada lagi. Zulkifli sudah mula melihat kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan Najib Razak kini berada dilandasan kebenaran. Baginya, agenda 1Malaysia yang dibawa oleh Najib itu adalah yang terbaik untuk membawa kesejahteraan dan menjamin masa depan rakyat Malaysia. Lantaran itu kita tidak hairan beliau sering dilihat mengikut "belakang Najib" sejak akhir-akhir ini. Terbaru, ketika lawatan Najib ke Turki baru-baru ini. Zulkifli kini dilihat begitu terdesak untuk "mengipas Najib" demi survival politiknya. Beliau mungkin tidak tahu ke mana arah tujunya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mahu bertanding calon bebas, awal-awal lagi beliau tahu rakyat tidak akan terimanya lagi. Tambahan pula dia kini jadi wakil rakyat bebas "pro BN".

[Maka itu, kita tidak hairan Zulkifli akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan panas berkaitan Anwar selepas ini. Ia kerana beliau seolah-olah kini dicabar atau mendapat mandat untuk melakukan demikian bagi meyakinkan rakyat bahawa kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar sekarang adalah benar belaka. Segala kenyataannya kini ditolak dan Zulkifli kini mahu dianggap wira oleh pemimpin UMNO BN terutamanya PM Najib Razak sendiri. Maka itu, marilah kita sama-sama tunggu sampai ke mana agaknya perjuangan beliau selepas ini?. Apakah dia akan mengalami nasib yang sama seperti Ibrahim Ali yang dicop sebagai "Al-Kataki" atau sebaliknya. Apapun, tahniah diucapkan kepada Zulkifli atas kerja kuat beliau sekarang. Mungkin ia mencerahkan harapan untuk terpilih sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Semoga masa depan politiknya terus cerah dalam kesuraman selepas ini. Terdapat khabar angin, beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan panas terhadapa PKR dan Anwar sekarang kerana mahu membuktikan kepada Najib yang dia memang sudah bebas dari belenggu keadilan. Ada habuan yang menanti jika beliau terus berusahan menyakinkan Najib selepas ini. Apakah Zulkifli akan berjaya melaksanakan tugasannya itu? Atau dia juga bakal ditamatkan riwayat politiknya oleh Najib Razak dalam PRU-13 nanti].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan