 PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik  membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang  didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang  juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu  sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.  Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut  telah  menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang   didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga  China.  “Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan  telah  menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik  berkenaan,”  kata Tan. “Sekarang  sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang  keji dan buruk  dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki  dan  perempuan termasuk kanak-kanak.  “Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan  dimana kelemahan pihak berkuasa  yang tidak bertindak tegas dari untuk  menghapuskan ia dari peringkat  awal sebagai satu kesilapan yang amat  besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret  mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan  lebih kejahatan lagi selepasnya.”  “Sikap membenarkan tayangan berkenaan,  adalah relatifnya merupakan  wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan  penyumbang jelas  terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam  kehidupan.  “Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak  boleh  membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu   bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya,” tegasnya.
PETALING JAYA, 28 April - Seorang pemimpin Gereja Katholik  membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang  didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biskop Paul Tan (foto), yang  juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu  sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.  Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut  telah  menyiarkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang   didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga  China.  “Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan  telah  menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik  berkenaan,”  kata Tan. “Sekarang  sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang  keji dan buruk  dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki  dan  perempuan termasuk kanak-kanak.  “Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan  dimana kelemahan pihak berkuasa  yang tidak bertindak tegas dari untuk  menghapuskan ia dari peringkat  awal sebagai satu kesilapan yang amat  besar", katanya. Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret  mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan  lebih kejahatan lagi selepasnya.”  “Sikap membenarkan tayangan berkenaan,  adalah relatifnya merupakan  wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan  penyumbang jelas  terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam  kehidupan.  “Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak  boleh  membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu   bertindak, jika tidak rakyat akan tanggung risikonya,” tegasnya.[Ramai pihak sebenarnya yang terkejut dengan penayangan aksi video lucah yang dipaparkan oleh TV3 itu. Kini mereka sudah keterlaluan dan TV3 dijadikan alat untuk meneruskan agenda peribadi pemimpin tertentu. Sebab itu kita tidak hairan orang kuat TV3, si Farid Ridzuan dan beberapa orang kanannya dipanggil bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Rupa-rupanya itulah agenda mereka ia itu menggunakan sepenuhnya peranan saluran terbabit untuk memesongkan minda rakyat selepas mereka tahun RTM tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Akhirnya adengan menjijikkan ini boleh disiarkan tanpa perasaan malu dan segan silu. Bukan sahaja TV3 malahan akhbar-akhbar arus perdana juga terlibat. Mereka tidak sedar bahawa media itu ditonton dan dibaca juga oleh golongan kanak-kanak, remaja dan generasi muda. Apakah politik sebegini mahu dihalalkan demi mencapai agenda pihak terbabit. Bukankah ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Maka itu tindakan pemimpin Gereja Khatolik ini jelas membuktikan semua agama tidak menerima unsur seks keterlaluan seperti ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan