Sabtu, 9 April 2011

Laporan media: SPRM kesan jutaan ringgit dalam akaun pegawai-pegawai Kastam


....M'SIAN INSIDER

KUALA LUMPUR, 9 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Akhbar The Star dan Utusan Meloya melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

“Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

“Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” kata sumber itu.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu.

“Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

“Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara,” katanya.

Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.

Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM...........

KWAH KWAH KWAH.... RAKYAT TABIK SPRING MELANTUN SPRM SAMPAIKAN KISAH KESALAHAN PURBA PUN DIA MAMPU CUNGKIL.....WANG BERJUTA-JUTA RINGGIT, AKAUN DAN BARANGAN BERHARGA TERMASUK RUMAH DAN KERETA DISITA....PERGH!! PANDAI DAN BIJAK BISTARI MELUNASKAN UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA... TETAPI MENGAPA TERHADAP PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN SAHAJA DIGUNAKAN......WOIT!!!!...
MENGAPA TAK GUNAKAN KAEDAH YANG SAMA TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN KHUSUS TAIB MAHMUD DAN KHIR TOYO?... kwah kwah kwah...MENGAPA TAK SITA ARGAM-ARGAM MEREKA,, BEKUKAN AKAUN DAN RAMPAS SEMUA KERETA-KERETA MEWAH....ADAKAH ARGAM MEREKA JAUH LEBIH KECIL DARI RUMAH PEGAWAI-PEGAWAI KASTAM?... kwah kwah kwah...JANGAN BERLAGAK BERANI DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN TETAPI MENIKUS KECUT PERUT DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN....SIAPA YANG MELAKUKAN RASUAH HENDAKLAH DIAMBIL TINDAKAN TEGAS TERUTAMANYA PEMIMPIN-PEMIMPIN TERTINGGI KERAJAAN.. ITU BARU BETUL.. ITU BARU ADIL... ITU BARU TEGAS.. ITU BARU TELUS....ITU BARU AMANAH......kwah kwah kwah.....RAKYAT YAKIN JIKA SPRM INGIN MENJALANKAN SIASATAN SECARA TERPERINCI TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO/BN... BERBILLION RINGGIT DAPAT DIBONGKAR...PERSOALANNYA.. MAU ATAU TAK MAU... BERANI ATAU TAKUT BACUL DAYUS.....kwah kwah kwah....BERURUSANLAH DENGAN KERAJAAN PERANCHIS... MACAM-MACAM BOLEH DIBONGKAR..... kwah kwah kwah.....YANG PASTI EPISOD INI ADALAH EPISOD DIMANA KAKITANGAN JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA DIJADIKAN KAMBING HITAM UNTUK MEMPERSONAKAN RAKYAT KONONNYA KERAJAAN 1M'SIA NAJIB RAZAK SUAMI ROSMAH MANSOR SERIUS DALAM MEMERANGI RASUAH.... RAKYAT BUKAN BODOH!!....MENGAPA TAK BEKUKAN SEGALA ASET LING LIONG SIK DAN CHONG KONG CHOY...INI DUA CUKONG SUDAH TIPU MANTAN-MANTAN PM.....kwah kwah kwah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan