Sabtu, 26 Februari 2011

Polis tolak rayuan HRP untuk berhimpun di hadapan KLCC Ahad ini

February 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Feb — Polis Kuala Lumpur menolak rayuan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dan mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan dan perarakan di KLCC, di sini Ahad ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata beliau telah menerima surat rayuan itu daripada peguam yang mewakili pemohon bagi menganjurkan perhimpunan dan perarakan itu.
“Saya telah mempertimbangkan rayuan itu dan menolaknya serta sekaligus mengekalkan keputusan untuk tidak mengeluarkan permit perhimpunan dan perarakan sepertimana yang telah diputuskan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan haram itu.
“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang terbabit sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
Semalam, polis Kuala Lumpur telah menghubungi Setiausaha Agung HRP untuk memaklumkan bahawa permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan tidak diluluskan dan polis akan mempertimbangkan semula sekiranya HRP mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan keadaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. — Bernama

Salang dakwa Radio Free Sarawak operasi di Melaka, bukan London

February 25, 2011
SARIKEI, 25 Feb — Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang percaya stesen radio Radio Free Sarawak, yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud, beroperasi dari Melaka bukannya di London sebagaimana disangkakan.
“Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Laporan London Evening Standard kelmarin menyebut siaran Radio Free Sarawak dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London.
Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari.
Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini.
Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan “peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas.”
Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km.
Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu.
The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo.
Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun.
Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya.
Beliau berkata setakat ini, belum ada laporan dibuat mengenainya kepada polis atau Kementerian Dalam Negeri.
“Jika terdapat laporan mengenainya, SKMM akan menyiasat. Jika kandungannya melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, SKMM boleh menyekat siarannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Julau yang diwakilinya.
Salang berkata oleh kerana stesen radio itu tidak diberi lesen oleh SKMM, maka ia adalah stesen haram.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Abdul Karim Hamzah hari ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap stesen radio itu.
Beliau berkata dalam siaran hariannya, stesen itu menghasut rakyat Sarawak supaya menentang kerajaan negeri dan cuba menimbulkan kebencian antara kaum.
“Aneh sungguh apabila ada orang yang sanggup melakukan perkara yang boleh membawa keburukan kepada negara.
“Manusia yang berfikiran waras akan berusaha untuk menambah baik keadaan di negara mereka, bukan memusnahkannya,” kata beliau.
Salang berkata sekiranya rakyat merasakan ada individu bertindak dengan cara yang tidak betul terhadap negara, mereka perlu melaporkannya kepada polis.

Krisis Libya: Presiden Perancis mahu Gaddafi pergi, tekanan meningkat

February 25, 2011
ANKARA, 25 Feb — Presiden Perancis Nicolas Sarkozy hari ini berkata pemimpin Libya Muammar Gaddafi perlu melepaskan jawatannya tetapi berhati-hati berhubung syor tindakan ketenteraan ke atas negara utara Afrika Utara itu.
“Encik Gaddafi mesti pergi,” kata Sarkozy pada sidang media bersama rakan sejawatannnya dari Turki Abdullah Gul di sini.

Ganesan:"Jangan ingat kuasanya terlalu besar" - Adun Titi Serong

Oleh Idham Lim

Merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini, "Amaran Speaker" berhubung isu bomoh masuk dewan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika dihubungi melalui telefon hari ini tetap kekal mempertahankan tindakannya untuk tidak hadir ke sesi soal jawab Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada pagi ini demi untuk menjaga kesucian Dewan Negeri Perak. Di dalam Laporan akhbar hari ini Ganesan turut menyatakan bahawa sesi soal jawab itu akan tetap diteruskan pada jam 10 pagi ini dipejabatnya.


Mengulas amaran Ganesan , bahawa tindakan tegas akan diambil kepada beliau jika gagal hadir, Adun Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak , didalam twitternya mengesa agar Ganesan tidak perlulah membuat ugutan dan amaran seperti itu, ini kerana kedudukan Ganesan sebagai Speaker yang dipertikaikan wajar dikaji dengan serius kerana sepanjang sidang yang lepas dia sentiasa dan semudahnya melanggar undang undang termasuk dalam kes usul kepada saya. "ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa usul untuk membawa saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan adalah tidak sah dan terbatal dengan sendirinya kerana ianya tidak mengikut peraturan.
Khalil bimbang jika sekiranya Ganesan masih berada dikerusi speaker sekarang, lebih banyak kesilapan yang akan berlaku dan ini akan terus mencemarkan Dewan Negeri Perak.
Beliau juga mencadangkan agar BN mengkaji balik kedudukan Ganesan sebagai Speaker DUN Perak.
"BN juga mesti mengkaji dengn serius kedudukan Datuk Ganesan kerana sepanjang sidang yangg lepas dia sentiasa dan semudahnya melanggar undang-undang".
Dengan nada lebih keras beliau mendesak Ganesan untuk meletakkan jawatan.
"Saya nasihatkan dia supaya segera berundur demi menjaga kesucian dewan dari terus dikendalikan oleh speaker yg tidak layak", tegasnya.
Ketika mengakhiri ulasan di twitternya pagi ini, Drs. Khalil Idham Lim turut mengingatkan Ganesan agar tidak terlalu angkuh dan sombong, terhadap kuasanya sebagai speaker Dewan, kerana amaran dan ugutan seperti itu bukan menimbulkan kegerunan kepada beliau dan Adun-Adun Pakatan Rakyat.
"Saya juga ingin tegaskan bahawa saya dan ADUN PR lain bukan budak hingusan yg semudahnya boleh diugut oleh Ganesan", katanya.

Khamis, 24 Februari 2011

Mursyidul Am PAS Dan Mat Sabu Di Jangka Hadir Pada Majlis Pengisytiharan Calon Untuk Parti Itu Di Komplek PAS Darul Hikmah Kerdau Malam Ini!

TEMERLOH, 24 Feb [8.13 am] - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu antara pimpinan yang akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada malam ini. Majlis pengisytiharan calon tersebut akan dilakukan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Darul Hikmah, Kerdau bermula jam 9 malam ini. Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah (foto) dalam kenyataannya berkata, pihak penganjur menjemput orang ramai terutamanya dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat hadir bagi memeriahkan suasana. Selain dari dua tokoh popular PAS tersebut, malam pengisytiharan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu akan turut dihadiri pimpinan PR Pusat dan negeri. Hashim yang juga Pegawai Media PAS Pahang berkata, wakil-wakil media yang ingin membuat liputan pada program tersebut atau sebarang pertanyaan boleh hubunginya di talian 014-5454990 bagi mendapatkan keterangan lanjut.
[Nampaknya pengumuman calon PAS ini pasti mendebarkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Ini kerana, selain nama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri terdapat juga calon-calon lain yang cukup berpontensi untuk diketengahkan termasuk Ketua Pemuda, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan dan bekas calon PRU12 dulu iaitu Hasanuddin Salim. Malah, terbaru khabarnya bekas calon parlimen Kuala Krau sebelum Dato' Tuan juga khabarnya bakal menjadi pilihan iaitu Ustaz Kamal Ashaari. Apapun, nantikan pengumuman calon BN yang bakal dibuat di Kerdau hari ini. Persainga yang cukup sengit bakal disaksikan, dan harapan besar untuk rakyat melihat perubahan di DUN itu kian terasa dengan adanya pilihanraya ini].

Khuatir penyakit bawaan air merebak


SEBUAH bangunan musnah akibat gempa bumi di bandar Lyttelton dekat Christchurch, New Zealand kelmarin.



KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia kini terdedah kepada wabak penyakit bawaan air berikutan bencana gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand kelmarin.
Risiko itu amat tinggi sekiranya mereka meminum air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tanpa memasaknya terlebih dahulu.
Berikutan itu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya memasak terlebih dahulu air yang hendak diminum kerana ia dibimbangi sudah tercemar.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Canterbury, Muhammad Shahrul Samad, 22, berkata, arahan catuan air juga telah dikeluarkan kerana dikhuatiri bekalan air sedia ada tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk.

POLIS MENUTUP MULUT BARU BIAN – VIDEO EKSLUSIF!


Ketua Menteri, Taib Mahmud, dengan jelas dan ketaranya menafikan proses demokrasi digunakan menjelang pilihanraya yang semakin hampir. Sarawak Report telah memperolehi beberapa bahan video secara eksklusif yang menunjukkan bagaimana anggota polis dikerah untuk menghalang ketua PKR Baru Bian dari berucap di hadapan umum di kawasan pilihanrayanya sendiri. Kami juga difahamkan bagaimana Taib telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menafikan kebenaran mengadakan perhimpunan kepada pihak-pihak pembangkang! Sungguh memalukan!
Kejadian tersebut berlaku di pekan kelahiran Baru Bian, iaitu di Lawas, Sarawak. Ahli-ahli parti dan juga para penyokong yang dijemput ke perhimpunan yang diadakan di kedai kopi Sin Yang di mana mereka akan menjamu selera sambil mendengar ucapan-ucapan mengenai kecerahan masa depan mereka. Para penyokong dari kawasan pilihanraya tersebut hadir untuk mendengar mesej-mesejnya dan seterusnya akan membawa pulang mesej-mesej ke rumah-rumah panjang mereka. Seperti lazimnya, sebelum mereka mengadakan sebarang perhimpunan, mereka telah terlebih dahulu memohon kebenaran, tetapi seperti biasa juga, kebenaran sedemikian tetap dinafikan.
“Pihak polis tetap mengatakan tidak. Mereka tidak memberikan sebarang alasan” jelas Paul Bian, Penyelaras Kempen untuk Baru.


Kami menerima arahan dari orang atasan!


Para pekerja PKR mengatakan mereka tiada pilihan lain tetapi meneruskan perhimpunan tersebut. “Dengan menafikan kebenaran kami berhimpunan mereka telah menafikan hak-hak demokrasi kami” tambah Paul, yang juga saudara kepada Baru dan juga rakan politik kepada peguam hak asasi kemanusiaan itu. Paul menambah:
“Hak-hak kami telah dinafikan. Negara ini adalah negara demokrasi dan setiap rakyatnya berhak memberikan pandangan dan berhak berkumpul untuk menyampaikan maklumat yang tidak dapat kami sampaikan dengan cara lain. Kami di pihak pembangkan tetap tidak mendapat sebarang liputan media”
Baru Bian, yang telah menggegarkan kewibawaan Taib pada beberapa siri perbicaraan berkenaan dengan kes-kes persengketaan tanah-tanah NCR, mewakili pelbagai komuniti, menentang Ketua Menteri itu, hanya mendapati dirinya kalah pada pilihan 2006. Pada masa itu Baru Bian telah memulakan prosiding yang menyenaraikan amalan-amalan rasuah yang digunakan oleh BN untuk memenangi kerusi berkenaan hanya dengan majority 200 undi sahaja. Amalan-amalan dalam prosiding tersebut termasuklah rasuah dan pembelian undi. Namun, para hakim yang dikawal oleh Taib telah menolak kes tersebut dengan alasan ‘masalah-masalah teknikal perundangan’.
PKR merasakan Baru Bian seharusnya bebas untuk bercakap dengan orang-orang dari daerah kelahirannya. Menurut mereka lagi, Taib telah menggunakan taktik-taktik  yang amat kotor di samping menyalahgunakan kewibawaan polis pada peringkat awal pilihanraya, yang menampakkan rasa takutnya bahawa Sarawak kini kian bangkit terhadap kerajaan autoritariannya. Kekuasaannya selama 30 tahun telah mendatangkan kekayaan kepada keluarganya, tetapi sebaliknya telah menyebabkan kemiskinan dan kesengsaraan ke atas orang-orang rumah panjang yang telah dirampasnya tanah untuk dijadikan kawasan pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit.
Perhimpunan secara aman telah diancam oleh provokasi anggota polis


Saksi-saksi mengatakan para tetamu ke perhimpunan tersebut telah tiba seawal pukul 7 malam itu dan menikmati minuman ringan. Kebanyakan tetamu yang hadir untuk mendengar ucapan Baru Bian telah datang melalui perjalanan yang jauh dari rumah panjang mereka di pedalaman. Keadaan cuaca menjelang perhimpunan itu adalah kurang baik dan keadaan jalan yang mereka lalui juga kurang baik telah mengambil masa berjam-jam lamanya, tetapi mereka tetap juga berusaha menghadirkan diri. Menurut laporan yang diterima oleh Sarawak Report, ada di kalangan mereka yang kurang di segi pendapatan telah datang sehari sebelum perhimpunan itu, dan telah terpaksa bermalam di kawasan terbuka di sekitar pekan Lawas.
Pada kira-kira pukul 7.15 malam itu, menurut para pengelola perhimpunan, sepasukan anggota polis tempatan telah tiba. Para saksi mengatakan seramai 20 anggota berpakaian seragam polis mana kala kira-kira sepuluh orang lagi anggota Cawangan Khas berpakaian biasa. Kehadiran pihak polis telah menghambarkan perhimpunan itu dan ada di kalangan pengunjung mulai meninggalkan premis berkenaan. Paul Bian menjelaskan bagai mana rancangan awalnya adalah untuk menayangkan video kepada orang ramai di awal perhimpunan itu – sebuah filem maklumat mengenai Baru Bian dan misinya serta dasar-dasar transformasinya untuk Sarawak. Tetapi pihak polis telah menghalang Paul untuk berbuat demikian.


“Kami merayu kerana kami tiada cara lain untuk berkomunikasi. Kami menjelaskan kami tidak mendapat sebarang liputan media suratkhabar atau TV, kenapakah mereka menghalang kami menayangkan video kami ini?” kata Paul. “Ketua pasukan polis itu menunjukkan rasa simpatinya, tetapi dia memberikan alasan bahawa dia menerima arahan daripada “pihak atas”! yang mungkin bermakna Ketua Polis atau bos-bos parti politik”.


Pada mulanya Bian telah menyediakan tiga orang speaker untuk berucap pada perhimpunan itu, “Saya telah menjemput ketua kaum, Pemancha Jenging Anak Radin, yang telah meninggalkan BN kerana mendapati tanahnya dirampas dan juga peguam tanah hak NCR, Abun Sui, yang pernah memenangi kes-kes utama di kawasan itu, dan akhir sekali Baru Bian”. Namun, dengan tekanan dari pihak polis maka dia telah menyingkatkan masa berhimpun  dengan hanya menyuruh Baru Bian sahaja untuk berucap.
Tidak dibenarkanr
Berdasarkan video kami di sini Baru telah didatangi oleh anggota polis yang “meletakkan tangan pada bahunya”. Terdapat juga anggota polis di sebelah kiri dan kanannya. Mereka menyatakan padanya bahawa dia “tidak dibenarkan” berucap. Ada di kalangan saksi mengatakan bahawa kejadian tersebut amat menakutkan, kerana para tetamu telah menjadi semakin marah dengan tindakan polis itu.
“Kita ini ramai, jadi kita tentang mereka 30 lawan satu!” jerit salah seorang dari pengunjung ketika itu, jelas Bian. Maka oleh yang demikian, seperti yang terdapat pada video itu, Baru telah memutuskan untuk bertanggungjawab bagi meredakan perasaan marah para pengikutnya. Baru Bian telah memujuk para pengikutnya untuk bersabar dan memahami bahawa mereka perlu memberikan kerjasama kepada polis. Tanpa kepimpinan diplomatik Baru, perhimpunan tersebut mungkin akan bertukar menjadi peristiwa yang buruk, hanya kerana perhimpunan tersebut telah diprovokasikan oleh pihak polis.
Sebab inilah pengunjung yang marah telah terpaksa pulang ke rumah-rumah panjang mereka setelah hak demokratik mereka untuk hadir dan mendengar ucapan dari calon tempatan mereka dinafikan!
Sementara itu, pada tanggal 5hb Mac akan datang, Taib Mahmud akan mengadakan perhimpunan partinya untuk 5 ribu orang di Borneo Convention Center di Kuching, di mana kita takkan berasa hairan parti BN akan dengan mudah mendapat kebenaran polis untuk berhimpun! Sarawak Report menjangkakan tidak seorang pun dari para speaker yang berucap pada masa itu nanti akan menyentuh tentang amalan rasuah yang menyelubungi pembinaan Borneo Convention Center tersebut, yang telah mendapat restu dari Ketua Menteri dan dianugerahkannya kepada syarikat PPES Works, yang juga selaku “pakar binaan” kepada syarikat CMS milik keluarganya!
Mengetuai Lembaga Pengarah CMS adalah anak lelaki Taib sendiri, Mahmud Abu Bekir Taib, yang juga merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu. Sehingga saat kematiannya, maka saham-saham arwah Abu Bekir telah berpindah kepada ibunya, Laila Taib. Suami arwah Laila pula, iaitu Ketua Menteri telah, secara konsisten, menyerahkan banyak kontrak utama negeri ini kepada syarikat CMS di sepanjang 3 dekad. Maka dengan inilah harga saham CMS telah melonjak secara mendadak dalam beberapa bulan kerana menjangkakan kebanyakan wang negeri akan digunakan dalam projek-projek SCORE!
Menurut pihak PKR, amalan anti-demokratik pihak kerajaan dalam perkara berkenaan dan juga perkara-perkara lain telah menunjukkan bahawa kerajaan bersikap ‘counter-productive’. “Orang-orang ini bukannya takut, tetapi mereka merasa marah”, kata Paul Bian. “Kejadian ini telah membuka mata orang-orang ini akan apa yang sedang berlaku, dan peristiwa ini adalah pahit bagi mereka. Sejak kejadian ini, Baru Bian telah mendapat banyak undangan untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah di kampung-kampung di daerah ini. Mereka kata ‘datanglah ke tempat kami untuk berceramah’. Kejadian itu telah menjadikan mereka lebih berani menentang amalan-amalan tidak sihat pihak kerajaan itu”.
BN akan faham bahawa dengan mengecewakan dan mencetuskan kemarahan orang ramai di sesuatu kawasan pilihanraya bukanlah suatu cara yang bijak untuk memenangi pilihanraya. Orang awam akan mengandaikan bahawa BN kini takut kepada ketua pembangkang justeru mereka tidak akan membenarkan orang awam mendengarnya berucap!

Apa tunggu lagi, bagi roboh itu Umno

Bacalah dengan tenang luahan hati seorang pemandu teksi berbangsa Tionghua di Malaysia tentang situasi negaranya yang ditadbir oleh UMNO/BN ketika ini. Pernyataan yang akan anda baca penuh bersahaja dan ikhlas. Hebat, walaupun diungkapkan oleh individu marhaen. Saya memungutnya dari catatan Kadir Jasin.

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya.

"Kita bukannya tamak nak kaya, nak rumah mewah. Senang sikit cukuplah, bagi lega sikit hidup. Tak perlu teruk-teruk bekerja tapi hasilnya sikit, macam saya ini. Sudah macam-macam sakit sebab susah hati, tension.

"Macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita dapat air percuma, cukuplah. Kalau ada lebih nanti, mungkin banyak lagi yang kita akan dapat, okeylah tu sikit-sikit dulu ...

"Saya nak bagitau you, jangan takut tukar kerajaan. Lima tahun saja. Kalau tak puas hati, tukarlah balik. Lima tahun bukan lama, sekejap saja. Kalau boleh tunggu 50 tahun BN perintah, kenapa takut nak cuba kerajaan baru ... untuk lima tahun saja.

"Nak undi apa pun tak apa. Tak kira PAS, KeADILan atau DAP, asal jangan Umno sudahlah.

"Memang kerajaan tak suka orang lawan dia. Mereka guna ISA untuk tutup mulut rakyat. Tapi orang sekarang sudah tak takut lagi. Saya tak ada komputer tapi saya tahu orang lain tekan saja komputer, dapat tahu macam-macam rahsia kerajaan."

Apabila pemandu teksi itu menyebut ISA, isteri saya (Kadir) menyambut pantas: "Suami saya pun pernah ditahan ISA." Beliau juga berulang kali menyatakan kekaguman tidak terhingga kepada "orang tua di Kelantan" yang baginya terlalu hebat. "PAS tak akan kalah selagi ada orang tua itu di Kelantan," ujarnya bersungguh-sungguh. Isteri saya terpaksa menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkali-kali apabila nampak beliau seperti susah sangat hendak mengingati [nama] Menteri Besar Kelantan [itu].

Agaknya berapa banyak rakyat Malaysia yang sependapat dengannya? Dijangkakan jumlahnya semakin hari semakin bertambah. Apatah lagi dengan kegilaan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Dua Laki Bini sekarang ini. Harap-harap percambahan yang condong kepada Pakatan Rakyat itu terus subur sehingga mampu membinasakan UMNO/BN.Anda setuju? Tentulah setuju. Tiada apa yang dapat berselingkuh lagi. Tunggu Apa lagi? Kasi roboh itu UMNO/BN!!!

Meledak Kebangkitan Mahasiswa

by Nasrudin Hassan on Wednesday, February 23, 2011 at 5:52pm
1. Mendepani situasi rencam politik dunia dengan skala ricthernya yang agak tinggi serta menyaksikan kebangkitan anak - anak muda yang mendominasi iklim politik dunia hari ini dan rata - rata mereka adalah mahasiswa, nyata tidak ketinggalan rupanya negara kita turut mengalami gegarannya.

2. Berurutan dengan kejayaan Dewan Pemuda PAS menghimpunkan 30 ribu kekuatan tenaga pemudanya dari seluruh negara di negeri Kedah Darul Aman sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang, kini kita digemparkan dengan kejayaan Pro Mahasiswa di UM, UIA, UKM, UMK, USIM, UMS, UMSKAL, USM Kubang Kerian dan UPSI walaupun Pro Mahasiswa kalah di UTM, USM Penang dan UPM.

3. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan amanah kepimpinan buat adik - adik dari Pro Mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya di kampus masing - masing. Semoga kejayaan gemilang itu akan terus membawa mahasiswa bangkit berjuang sekaligus menggalas kecemerlangan ilmu sebagai asas utama kejayaan.

4. Mahasiswa adalah agent penting bukan sahaja untuk lingkaran politik kampus tetapi juga dalam menentu arah masa depan negara di semua lapangan termasuk politik, ekonomi, budaya dan sosial. Saya mengharapkan kemenangan Pro Mahasiswa dalam arena politik kampus kali ini, benar - benar telah berjaya membebaskan minda mahasiswa dari kongkongan kerajaan sekalipun realitinya mereka masih dikongkong oleh AUKU dan pelbagai peraturan tempatan universiti.

5. Selepas ini, Mahasiswa diharap mempertingkatkan prestasi kebangkitan mereka untuk terus berjuang menentang AUKU disamping turut memperjuangkan kecemerlangan akademik guna mengangkat izzah mahasiswa sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai boneka kepada mana - mana pihak sebaliknya mempunyai idealisme perjuangan tersendiri , memperjuangkan kebenaran, keadilan dan masa depan negara yang maju dan sejahtera.

6. Kejayaan ini mesti diterjemahkan dengan kerja gigih, semangat, berani, nekad membawa perubahan dan memimpin idealisme mahasiswa dalam kehidupan mahasiswa di kampus dan juga di luar kampus. Malah penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu - alukan.

7. Kami telah lama memperjuangkan agar masyarakat mahasiswa dibenarkan untuk berpartisipasi dengan politik luar kampus agar sentuhan mahasiswa turut mewarnai landskap politik tanahair dan pastinya corak dan frame politik negara lebih menarik terutama golongan mahasiswa adalah mewakili golongan intelek yang matang dan berwibawa.

8. Telah sampai masanya negara memberi kepercayaan kepada mahasiswa dan menghargai ilmu jua karisma mereka biarpun usia mereka masih muda. Justeru dunia dan politiknya hari ini adalah milik orang muda. Kesuburannya dan Kebangkitan rakyat hari ini juga dipacu oleh orang muda. Malah suara orang muda seperti mahasiswa mula didengar dan dihargai oleh semua.

9. Sekalung tahniah sekali lagi dari saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia buat kejayaan anda semua dari kalangan mahasiswa yang nyata tidak pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh mana - mana pihak terutama golongan yang sering mahu memangsakan mahasiswa dengan pelbagai peraturan yang mengongkong minda dan tumbesar jiwa seorang yang mahu bergelar intelektual.

10. Tahniah !

Himpunan PTPTN dan MARA : 26 Feb 11'

Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.

Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. 

Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN  yang  berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya  akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.

-/ harakahdaily

Syed Ibrahim ,Calon BN N28 Kerdau Bakal Jadi Daun 'Karapole'

Oleh: fezuljengka

"Seperti yang dijangka,Umno akhirnya mengistiharkan Syed Ibrahim Syed Ahmad 44 Pegawai Khas Menteri Besar Pahang yang mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar sebagai calon BN di PRK Kerdau.Sebuah blog Umno menyifatkan pemilihan itu sebagai ,hadiah paling berharga bagi penduduk Kerdau.

Syed Ibrahim diumum sebagai calon BN PRK Kerdau
 
Ini bukanlah kali pertama Umno meletakkan calon lulusan agama untuk menentang calon PAS.Tahun 2004 paling ramai tokoh tokoh agama di turunkan sebagai calon BN untuk menentang tokoh tokoh PAS terutama yang menang pilihanraya 1999.

Tetapi apakah ianya benar benar menjadi hadiah paling berharga kepada rakyat atau sebaliknya?Selepas mereka menang dalam pilihanraya 2004,apakah kedai kedai judi,nombor ekor di tutup di Pahang?Pastinya tidak.

Apa yang pasti mereka masuk ke dewan undangan negeri hanya sekadar untuk 'mengangguk' kepala kepada apa saja yang hendak dibuat kerajaan negeri.Masjid masjid selepas 2004 semakin lesu daripada program agama kerana ahlijawatankuasa masjid yang dipilih oleh ahli jemaah telah digugurkan dan diganti dengan Ajk Umno cawangan yang 'penyegan' nak imarahkan rumah Allah.

Kalaulah tokoh tokoh agama Umno ini dianggap sebagai hadiah paling berharga kepada rakyat,tentu saja masjid masjid semakin makmur dengan pengajian agama yang dikendali sendiri oleh YB di kalangan ustaz ustaz Umno ini.Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

ADUN Luit daripada BN, seorang bekas Kadhi lebih memilih karaoke bersama rakyat daripada mengimarahkan masjid bersama pengundinya itu.Tiada apa yang menarik dibuat oleh tokoh tokoh agama ini untuk memartabatkan Islam di negeri Pahang.

Pada PRU ke 12 tahun 2008 ADUN ADUN dari kalangan ustaz Umno ini telah dibakul sampahkan.Maka jadilah mereka daun 'karapole' @ daun kari yang dicari merata ceruk untuk menyedapkan gulai,tapi bila gulai dah siap,daun karapole dibuang ke bakul sampah .I

tulah nasib yang akan menimpa ustaz Umno termasuk Syed Ibrahim calon Umno di PRK Kerdau yang juga bakal menjadi daun 'karapole'.Tugas beliau hanyalah untuk mengalahkan calon PAS.Kalaulah beliau berangan nak bawa suara Islam ke Dewan Undangan Negeri,maka beliau telah tersilap memilih bahtera.
 
Info lanjut berkaitan PRK Kerdau sila ke blog Tukul Besi dan PAS Pahang
"

Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

Oleh: zharifjenn

"Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:

“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Josephmenterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Elena Ceausescu

Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat.

Lain2 info menarik di http://zharifalimin.blogspot.com/"

Selasa, 22 Februari 2011

Dua 'Ibrahim' Di Jangka Bertemu Di Pilihan Raya Kecil 'DUN Kerdau', Satunya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) Dan Satu Lagi Syed Ibrahim (BN)

Bahang pilihan raya dua serangkai di Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang kian terasa. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk hari pencalonan dan pastinya esok lusa semua parti yang bertanding akan mengemukakan nama calaon masing-masing. Paling menarik untuk diperkatakan ialah, pertembungan kali ini sekali lagi menyaksikan parti PAS (Pakatan Rakyat) akan bertemu UMNO (Barisan Nasional). Biarpun ada desas-desus mengatakan PKR berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Kerdau atau Merlimau, namun nampaknya ia mungkin tidak menjadi kenyataan. Malah besar kemungkinan Pengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan balik ke Pahang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya di kawasan beliau. Harus diingat bahawa DUN Kerdau terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau di mana Dato' Tuan adalah Yang Dipertua PAS kawasan itu. Makanya, amat wajarlah beliau balik ke Pahang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen pilihan raya kecil di Kerdau nanti. Malah terdapat maklumat dalaman mengatakan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkemungkinan cerah akan dipilih sebagai calon di DUN Kerdau ini. Tambahan pula beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan, Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat sekarang ini. Maka, namanya lebih menonjol daripada calon-calon lain sebenarnya. Jika benar telahan ini, maka PAS berpeluang untuk menang jika mereka melipat gandakan usaha ke arah itu. Harapan nampak cerah!


Dua tokoh pilihan di Kerdau, Tuan Ibrahim (kiri) dan Syed Ibrahim (kanan)
[Difahamkan juga, bagi pihak UMNO pula kemungkinan besar meletakkan calonnya Syed Ibrahim Syed Mohamad al Yahya. iaitu Pegawai Agama Kepada MB Pahang. Tambahan pula beliau adalan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau sekarang. Malahan terdapat sumber mengatakan Syed Ibrahim sudah pun berkempen sekarang termasuk mewakili Menteri Besar Pahang berucap dan menyampaikan sumbangan komputer riba kepada wakil cawangan-cawangan di majlis anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Pahang. Program itu diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh dan dirasmikan oleh Presiden PBTM Datuk Muhammad Abdul Ghani. Syed Ibrahim yang berucap mewakili Adnan itu dikatakan sempat ‘berkempen secara isyarat kepada bekas-bekas tentera itu. Makanya memang sah yang beliau bakal menjadi calon BN di Kerdau nanti. Jika ini berlaku maka pertembungan dua nama yang hampir sama bakal berlaku iaitu Syed Ibrahim dengan Tuan Ibrahim. Ini pastinya akan mengelirukan para pengundi di situ nanti sebenarnya].

Kritik Isa Samad: Kenapakah CEO Maybank Takut Dengan Kenyataan Sedangkan Terbukti Bekas MB N.Sembilan Itu Memang Terbabit Dengan Rasuah

KUALA LUMPUR 22 Feb [8.01 am] – Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (foto), berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau. Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut. “Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini semalam. Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur. Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah. Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Wahid, surat permohonan maaf telah ditulis selepas forum tersebut.
[Sebenarnya CEP Maybank tidak harus takut dengan kenyataan Tengku Zafrul kerana rakyat memang tahu kenyataan itu sebenarnya. Malah, orang Negeri Sembilan sendiri pun tahu siapa Isa Samad (foto) ketika beliau memegang tampuk sebagai Menteri Besar negeri itu sejak sekian lama. Malah keputusan Lembaga Displin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen pada 24 Jun 2005 yang menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun (2 penggal) kepada Isa Samad akibat terbabit dengan rasuah (politik wang) mengesahkan lagi bahawa beliau memang tidak layak bergelar Pengerusi Felda. Namun, dek kerana jasa dan usaha beliau menyelamatkan PM Najib dalam beberapa insiden panas di negeri itu menyebabkan Isa akhirnya dihadiahkan jawatan tersebut tanpa memikirkan pandangan rakyat yang sepatutnya didahulukan. NKRA Najib yang mahukan rasuah dihapuskan nampaknya bakal menemui kegagalan bila beliau tergamak melantik orang yang jelas terpalit dengan rasuah sebagai Pengerusi syarikat GLC itu. Makanya kenapa harus Tengku Zafrul dan CEO Maybank takut dengan semua ini. Ia sudah jelas dan terbukti, perlantikan Isa Samad bakal menganggu pasaran seperti yang diperjelaskan oleh Tengku Zafrul. Berani kerana benar, tidak guna rasa takut kepada perkara yang sudah "terang lagi bersuluh" itu].

Khalwat hakim syarie: 22 Mac keputusan pindah perbicaraan

22/02/2011 11:06am

GEORGETOWN - Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 22 Mac bagi membuat keputusan permohonan memindahkan perbicaraan kes khalwat hakim syarie dan pasangannya ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Nik Bukhari Hashimy membuat keputusan itu setelah menimbangkan bahawa pihak pendakwaan perlu meneliti bantahan bertulis daripada pihak pembelaan yang baru difailkan hari ini kerana menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes itu.
Pada prosiding lepas pihak pendakwaan, yang diwakili Ketua Pendakwa Syariah Zulhairi Aziz, membuat permohonan supaya perbicaraan kes khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran, 43, dan pasangannya Nurul Izani Md. Isa, 34, dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini. - Bernama

Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi


MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi.
Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ.
"Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam.
Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu mengenai lokasi Masturah berada, beliau sekeluarga terus menjemput anaknya di masjid berkenaan.
"Keadaan Masturah lemah dan tidak bermaya sebab tidak makan. Dia ditinggalkan di situ oleh seseorang selepas hilang sejak petang Sabtu lalu... dia anak yang baik dan saya percaya dia tidak buat perkara yang tidak betul," tambahnya.

Libya dikuasai penunjuk perasaan


GAMBAR yang disiarkan di laman Facebook semalam menunjukkan penunjuk perasaan mengibarkan bendera di bandar Benghazi, Libya.


PARIS - Beberapa buah bandar di Libya termasuk Benghazi dan Sirte dikuasai para penunjuk perasaan anti-pemimpin Muammar Gaddafi selepas pasukan-pasukan tentera dikatakan berpaling tadah dengan menyertai tunjuk perasaan, kata Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IFHR) semalam.
Badan itu turut menyatakan jumlah kematian sejak protes bermula adalah sekitar 100 hingga 400 orang.
"Banyak bandar terutama di wilayah pantai barat telah dikuasai. Anggota-anggota tentera juga turut serta dalam kebangkitan menentang Gaddafi," kata Ketua IFHR, Souhayr Belhassen.
Dia yang berpangkalan di Paris sebelum ini menyatakan bilangan yang terkorban ialah 233 orang.
Maklumat tersebut kebanyakannya diperoleh daripada organisasi hak asasi manusia Libya.
Sementara itu, para penunjuk perasaan membakar bangunan pemerintah dan menceroboh sebuah stesen televisyen kerana marah disebabkan anak Gaddafi, Saif al-Islam memberi amaran negara ini akan terjerumus ke kancah perang saudara dan dilimpahi darah.
"Libya kini berada dalam persimpangan. Jika kita tidak bersetuju hari ini mengenai pembaharuan, sungai berdarah akan mengalir melalui Libya," katanya dalam satu ucapan menerusi televisyen.
"Kita akan memegang senjata. Kita akan berjuang sehingga ke peluru yang terakhir. Kita akan memusnahkan elemen-elemen hasutan.
"Jika semua orang bersenjata, ia akan menjadi perang saudara. Kita akan saling berbunuhan sesama sendiri. Libya bukan Mesir. Ia (Libya) bukan Tunisia," tambahnya.
Beberapa jam selepas kenyataan itu, para penunjuk perasaan di bandar Tripoli menceroboh pejabat stesen televisyen dan bangunan pemerintah.
Gaddafi memerintah Libya selepas beliau melakukan rampasan kuasa aman semasa pemerintahnya, Raja Idris mendapatkan rawatan di luar negara pada 1 September 1969. - Agensi

Satu Gereja Memeluk Islam.


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.


Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

“Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.”

Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi,

“Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab,

“Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata,

“Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata,

“Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!

Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”


Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”(Al-Isra’: 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai.” (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata,

“Apakah kunci syurga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata,

“Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata,

“Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab,

“Kami akan jamin keselamatan anda.”

Paderi pun berkata,

“Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. /GB

BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia-kali nie mana mauk lari!!!!


NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.


Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.-mkini

Tian Chua : Pukulan Maut!! Untuk PM...


SHAH ALAM 20 FEB:Cabaran Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat(PR) menamakan 'Kabinet Bayangan' menunjukkan Perdana Menteri itu tidak faham dengan istilah berkenaan.


Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap cabaran ini  tidak masuk akal jika kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan 'Kabinet Bayangan' tersebut.

 "Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan 'Kabinet Bayangan' bila ada pengakuan dari parti pemerintah.

"Kabinet Bayangan merupakan satu janji kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak boleh lantik orang lain.

"Ini tidak pernah berlaku di Malaysia, tak mungkin kita bagi janji ini sebelum kita menang, Najib pun tidak ada Kabinet Bayangan, kalau dia menang hanya rombakan akan dibuat," katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Tian lagi, perancangan yang dibuat oleh PR adalah dengan menubuhkan panel bayangan sahaja dan ia telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu, namun kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktirafnya, jadi bagaimana Perdana Menteri mencabar PR untuk mewujudkan Kabinet Bayangan.  

"Najib pun tak bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan pembangkang jadi ini maksudnya mereka hipokrit bila dia kata kita tak tubuhkan Kabinet Bayangan," katanya.

Beliau juga membidas kenyataan Najib yang menuduh PR merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang hanya pandai membuat gambaran sahaja.

"Kita boleh tunjuk kerana kita telah memerintah di beberapa negeri dan negeri-negeri ini kita bolehlah gambarkan apabila kita memerintah seluruh negara apakah gambaran kasar corak pemerintahan kita," jelasnya.

Najib berkata demikian ketika sambutan Tahun Baru Cina, di Dataran Politeknik di Merlimau, Melaka malam tadi.TVSNEWS/AP

PRK Merlimau : Negeri Maju Konon..Piirahh!!

Oleh: addin_77

"
Melaka maju 2010 konon...piirahh!! Ini ade satu kes, macha ni doh 25 tahun duduk dengan keluarganya kat estet di Kampung Paya Yoki, Merlimau katanya, tapi takde bekalan lektrik dan bekalan air..kesian.. Melaka Maju 2010 kononnya..

Dah bertahun-tahun mohon bekalan lektrik dan air pun tak dapat-dapat, akhirnya terpaksalah macha ni panjat tiang sendiri,cucuh kat mana-mana tiang lektrik..mujur tak mati kering..sia-sia je hidup...

Tapi yang kawan puji macha ni adalah setia...bukan setia pada isterinya..tapi Be End. Walaupun Be End memperbodohkannya tahap gaban sekali pun..dia tetap sokong Be End..Hey macha, awok ingat kalu tak kerja ade Be End bagi makan free capati ke? tosai ke kat? kalu mati kebulur pun..ini Be End takde ambik kisah punya..Yang penting 'money', 'kroni' & 'bini'... Tapi kawan tok heran sebabnya spesis-spesis seperti macha nilah yang menjadikan Be End berkuasa sehingga sekarang..Hey macha...teruskan undi Be End sehingga terbarai dan terburai...Pak Ali, sijil OECD doh dapat ke? wakaka!! Klik artikel asal di sini.

http://addin77.blogspot.com"

Gambar : Puluhan Ribu hadir mendengar ceramah Ummi Hafilda..???

Oleh: AnakSgDerhaka

"Ceramah yang menampilkan Ummi Hafilda sebagai pemidato utama ini telah menarik hampir 100,000 orang pendengar yang menantikan pendedahan atau peluru berpandu yang akan dilancarkan oleh Ummi Hafilda terhadap Anwar dan juga Abang kandungnya Azmin..

Saksikanlah.. sejarah telah tercipta..



Ceramah yang bertajuk Jom Bongkar Agenda Buruk Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda tidak mendapat sambutan.. Ceramah itu hanya dihadiri oleh kira 200 orang sahaja walaupun ceramah ini telah di war- warkan di seluruh Perak..



Ceramah itu diadakan di Arena Square, Batu Gajah.. Walaupun tempat itu boleh dipenuhi ribuan orang, namun hanya 'seciput' sahaja yang hadir. Sepatutnya ceramah itu disertai oleh Gobalakrisnan dan Rahimi Osman. Tetapi mereka tidak hadir. Hanya si puaka Hafilda yang hadir, beliau ditemani oleh Kak Midah Sungai Rapat.



Melayu Ultra antara peminat setia Ummi

Ceramah itu sepatutnya bermula jam 8.00 malam, namun atas sebab tidak ada orang, mereka menunggu kehadiran orang dan ceramah bermula jam 9.30 malam. Kesian Hafilda menunggu. Pada mulanya, mereka telah menyiarkan video berbaur perkauman yang melaga- lagakan DAP dan PAS.

Ummi Hafilda hanya berceramah menghentam dan memfitnah Anwar Ibrahim walaupun tiada bukti. Dia tu memang tak sedar diri. Ayahnya suatu ketika dahulu telah tidak mengakunya anak. Dia sudah dibuang keluarga. Apa motif dia kembali selepas 13 tahun menghilang. Kahwin pun belum. mungkin kocek sudah kosong.

Secarapa pandangan saya, orang langsung tidak percaya si Hafilda ini. Hanya puak-puak UMNgOK yang tengin. sudah-sudah la Ummi Hafilda.. Taubatlah!!!



Dia kata dia ni bekas ketua bahagian PKR mane ntah.. Padahal PKR guna istilah cabang.. haha..







Sumber dan lagi gambar sila lihat di SINI

Ganbar ceramah Anwar tiada sambutan pula sila lihat di SINI"

Panas!! Ceramah Anwar tiada sambutan..????

Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang dirakakamkan ketika Ceramah di Padang Awam Sembilang Pantai, Seberang Jaya yang telah berlangsung pada 19 Februari yang lalu..

Tiada sambutan?? ha..ha..ha.. ingat ceramah Ummi Hafilda ka??


DS Anwar Ibrahim, pemidato terakhir malam itu


Pengacara Majlis malam itu, Saudara Yusri

YB Yusmadi dengan pidatonya yang berapi sehingga terputus bekalan elektrik akibat overload

TKM1 Datuk Mansur merupakan pemidato ketiga, mengupas isu semasa di Pulau Pinang

Kehadiran pendengar mencecah 10,000 orang..


Non Cabai, pemimpin UMNO yang telah mencetus kontroversi dengan mengoyak gambar Koh Tsu Koon suatu masa lalu turut hadir.










Lagi gambar sila lihat di SINI

Kembalikah pelajar kita ke Mesir?

Oleh: tokpepijat

"Kembalikah pelajar kita ke Mesir? Setelah 2 minggu Hosni Mubarak jatuh dan ribuan pelajar Malaysia diangkut balik ke tanahair, pelbagai andaian dibuat mengenai masa depan pelajar Malaysia yang balik. Kita melihat situasi Mesir dahulu sebelum melihat nasib pelajar kita, samada boleh pergi semula ke bumi Anbiya' itu atau tidak.

Situasi Mesir memberi pelbagai warna dan corak selepas kejatuhan Mubarak. Antaranya : i) Mesir kekal di tangan tentera. Bahkan pemerintahannya sama seperti Regim Mubarak iaitu diktator. Segala penentangan rakyat akan dihapuskan secara kejam. ii) Mesir bakal berdepan situasi Algeria. Bermula dengan tentera memberi keizinan pilihanraya untuk rakyat.

Jika pihak pro Islamik menang, secara automatik tentera mencipta " peperangan dan huru hara". iii) Mesir pulih sepenuhnya kepada demokrasi. Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan.Ataupun berkongsi kuasa dengan parti lain. Suasana subur buat jemaah dan gerakan Islam. Jika kita melihat situasi diatas, situasi (i) adalah situasi yang menyenangkan Kerajaan Malaysia untuk menghantar kembali pelajar ke sana. Ianya sama seperti sebelum ini dimana Kelab UMNO dan Gerakan Pelajar yang pro UMNO selesa bergerak dan lepasan Mesir samada jurusan Agama maupun Perubatan akan tetap bersama UMNO bila pulang ke tanahair. Situasi (ii), Kerajaan Malaysia tidak akan menghantar kembali pelajar ke Mesir atas faktor keselamatan.

Manakala jika Mesir menjadi seperti situasi (iii), inilah yang amat menggusarkan pihak kerajaan. Pengaruh Ikhwanul Muslimin(IM) bakal merebak cepat disanubari pelajar. Jika zaman Mubarak yang begitu ketat mengawal pengaruh IM pun, masih ramai pelajar Malaysia terpikat dengan IM dengan membawa balik dakwah dan pengaruh IM ke tanahair, sudah tentu lagi ramai dan cepat pengaruh IM memikat hati-hati pelajar Malaysia tanpa gangguan SB-SB Mesir seperti sebelumnya. Sebab itulah, situasi Mesir sedang diperhatikan dengan penuh langkah berhati-hati oleh kerajaan yang didominasikan UMNO itu agar sebarang langkah untuk menangani isu ini memberi keuntungan politik kepada UMNO. Yang pasti, UMNO pasti menagih nasihat dari penasihatnya APCO."

Isnin, 21 Februari 2011

Hanya 72 Jam: Hairul Mati Dalam Tahanan Polis

Oleh YB MP Kapar


Media Alert : Penyerahan MEMO bersama Ibu arwah Hairul kepada KPN di bukit aman, 1130pagi, 21/2/2011

Bekas IGP kata Setiap Kematian dalam Tahanan Polis harus diadakan Inkues, tapi cakap hanya cakap…
  • Dahulu punca Kematian Tahan adalah akibat Serang Jantung, Kini TIGA KEMATIAN PUNCANYA ULCER


    Hairul Amri 26, di dapati meninggal dunia sewaktu berada dalam tahan polis di Kuala Selangor pada 17 hb Februari hanya selepas tiga hari beliau di tahan polis. Hairul diadakan ditahan polis kerana disyaki melakukan kecurian. Beliau juga telah mengadu kesakitan perut yang seperti biasa mendapat layanan yang paling memuaskan dari pihak berkuasa.
    Ibu arwah Hairul memberitahu bahawa pihak polis enggan memberi jaminan kerana dia kini disyaki mengambil Ganja. Aneh serta pelik pihak polis menahan untuk kes kecurian tetapi mengubahnya ke kes dadah. Hairul dikatakan telah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan kencing pada 16 hb Februari tetapi pada 17 hb Februari awal pagi beliau mengadu sesak nafas mengikut seorang rakan dalam tahanan.
    APA YANG BERLAKU DI HOSPITAL atau DALAM TAHANAN selepas pemeriksaan Kesihatan ?
    Seorang Remaja, 26  yang Sihat ditahan kerana kecurian didapati mati hanya selepas 72 jam?  Adakah betul beliau seorang penagih dadah? atau ada apa-apa yang tersirat di sebalik nya?
    Kenapakan Pihak Polis enggan mengadakan inkues untuk setiap kematian dalam tahanan ? Kenapa pula pihak kerajaan Terus menyokong pembunuhan dalam tahanan?
    http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/hanya-72-jam-hairul-amri-mati-dalam-tahanan-polis/