Rabu, 25 Februari 2009

Email Berantai

" Akhir-akhir ini timbul kembali persoalan mengenai email berantai yang makin berleluasa di era internet ini. Iaitu suatu nasihat yang dikirim pada seseorang dengan syarat supaya penerima email tersebut me'forwardkan' mesej nasihat itu kepada orang lain ... 9 @ 10 @ 20 orang untuk mendapatkan rezeki yang akan datang secara tiba-tiba atau dalam tempoh waktu yang tertentu setelah menghantar email tersebut

Cerita bab email berantai ni dah lama. Ia bermula dengan surat berantai yang kononnya datang dari masjid nabawi. Dalam surat tu menyatakan bahawa sorang pak syeikh mimpi jumpa nabi dan nabi suruh banyakkan solat, puasa, solawat, etc. Lalu di hujung surat tu dia kata sapa yg sebarkan surat ini kepada 20 orang maka dia dapat rezeki yg tak disangka-sangka tapi kalau tak sebar, dia akan dapat bencana. Kemudian di era teknologi ni...orang tak guna surat lagi tapi orang guna email dan sms berantai dengan pelbagai nasihat dan versi yg pelbagai.Tapi setiap email atau sms yg dihantar mesti ada syarat dihujungnya iaitu kena hantar pada org lain untuk dapat rezeki dsbnya...kalau tak hantar maka dapat bala bencana.

Surat / email / sms berantai itu bercanggah dengan akidah dan ia haram untuk disebarkan. Surat berantai itu pada mulanya ditulis oleh seseorang bertujuan untuk menyesatkan kepercayaan umat Islam kepada Allah. Memang dia menceritakan tentang selawat, solat, haji, zakat , kebesaran Allah, etc tetapi apa yang dia nak sampaikan sebenarnya bukan mesej itu sebaliknya mesej kena percaya pada surat itu ada kuasa, lalau sesiapa yang menghantar mesej itu pada orang lain akan mendapat rezeki segera, sebaliknya siapa yang tidak menyebarkannya akan menerima bencana...ini sesuatu yang syirik dan boleh menjejaskan akidah bagi sesiapa yang mempercayainya. Hal ini kerana surat / email /sms tidak mempunyai kuasa apa-apa. Yang menentukan segalanya hanyalah Allah swt.

Oleh itu , jangan kita tertipu dengan tipu daya yang seumpama ini yang hanya akan menjuruskan umat Islam ke arah krisis keyakinan kepada Allah swt yang Maha Berkuasa dan Penentu segalanya, wallahu'alam.

http://www.ustazshauqi.blogspot.com
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan