Rabu, 25 Februari 2009

Raja Lanun (Captain Dollah) mengumumkan "annual report"nya..


Sidang Dewan Rakyat semalam gempar apabila Raja Lanun Malaysia mengumumkan hasil rompakan sampingan melalui awak-awak dia iaitu Deputi menteri kewangan nya Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah ekoran daripada kenaikan harga minyak baru2 nie.

Walaupun hasil rompakan lain belum lagi diketahui nilainya kerana terlampau banyak dan memerlukan masa 40 hari 40 malam untuk mengiranya. Jadi hasil yang kecik nie walau di mata rakyat besar sekali nilainya, berani pula didedahkan.

Sidang Dewan dimaklumkan bahawa pembayaran rebet yang bermula pertengahan June 2008 lalu mungkin akan ditamatkan menjelang akhir Mac ini. Ramai yang menjangka hal nie ade kaitan dengan pengunduran Raja Lanun apabila tidak mendapat sms yang cukup untuk menjadi Juara Raja Lanun. Deputi beliau yang lebih jambu iaitu si Awang Bibir Merah akan mengambil alih tempat beliau, menjelang pemilihan pada Perhimpunan Lanun-Lanun Melayu Malaysia atau nama singkatnya (AMENO). Dan terbaru Bakal Raja Lanun tersebut sudah menunjukkan ketokohan beliau apabila berjaya menawan kembali negeri bekas jajahan mereka yang kaya dgn timah bukan perak dengan bantuan keturunan lanun yang berdaulat serta dua ekor katak jadian dan sekor katak betina.

Berbalik kepada perbentangan tersebut, sebanyak RM 3.6 Billion telah dikeluarkan untuk lebih kurang 7.5 juta kenderaan rakyat marhein. "Rakyat perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberikan kerajaan disamping kita(kera jaan) sudah menurunkan harga minyak". Kata salah seorang Jurucakap Raja Lanun kepada Pemberita arus Perdana. Tapi harus diingat, rahsia disebalik kata2 pembohongan tersebut lebih kurang RM 22.8 Juta Komisen diperolehi oleh Pos Malaysia. Ini yang harus disiasat oleh SPRM, bukan kes 3 ekor anak ikan yang disiarkan dalam akhbar semalam. Ikan Jerung biarkan bebas membaham harta rakyat marhein.

Berbalik kepada Pos Malaysia, heboh diperkatakan KJ iaitu menantu Raja Lanun memiliki saham terbesar dalam Pos Malaysia. Jadi rakyat boleh gunakan akal fikiran menilai tujuan sebenar pengagihan duit rebat melalui Pos Malaysia. Penulis sendiri tidak menyangka annual report hasil rompakan boleh didedahkan kpd umum, atau mungkin ini agenda Si Awang Bibir Merah untuk menjatuhkan terus kepopularitian Raja Lanun. Dan cuba pembaca bayangkan setiap yang diterima kita samaada RM 650 atau RM 150, sebanyak 1% akan masuk dalam Poket KJ atau setiap RM 10, KJ dapat 10 sen, RM 650...KJ dapat 6.50 dan kali ngan 7.5 juta kete.$$$$$$$$......"Harap dapat membuka mata pengundi di Dua Bukit nanti"


"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan