Isnin, 23 Februari 2009

FAKTA berakhirnya empayor BN bermula selepas March 09

"ASSALAMUALAIKUM..
Berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik kejatuhan empayer BN akan bermula sedikit demi sedikit selepas berakhirnya Perhimpunan Agong mereka March ini.

Fakta dan penyebab ini sebenarnya disembunyikan oleh media utama kerajaan yang dalam masa yang sama cuba menampilkan kelemahan pada pihak pembangkang. Terpulanglah kepada anda untuk menilai dan mengakui fakta-fakta yang bakal diberi.

Apapun kesan paling teruk tentulah pada Pakatan Rakyat jika ini berlaku. Kenapa pula ?..Begini saja,jika BN sudah tiada lagi,Pakatan Rakyat tak kan nak lawan parti Amanat Bangsa di Indonesia tu...heehe

1. Perpecahan yang pernah berlaku pada pemilihan agong UMNO semasa Ku Li menentang Mahathir boleh dijadikan contoh. Itulah sebab dan punca UMNO tidak menggalakkan adanya pertandingan kerana mereka tahu jatidiri pemimpin mereka terletak hanya pada WANG.

Bagi yang banyak wang,pastilah berada didalam kedudukan selesa,manakala yang tak mampu tidak akan berdiam diri,pemberontakan pasti berlaku kerana mereka juga perlu hidup. Tak perlu diterangkan secara khusus akibat dan peranan wang,cukup dinyatakan adik beradik, saudara mara boleh lingkup kerana wang.

Walaupun pertandingan kali ini tidak melibatkan Presiden,tetapi kesannya pasti tercalit kebawah,mampukah Najib mendamaikan kekecohan akibat pertandingan ini nanti.

2. Sudah lama kita tidak melihat isu kepentingan rakyat dibahaskan dalam perhimpunan UMNO, yang ada hanyalah puji-pujian dan taat setia kepada pemimpin. Ini pastilah tidak mampu menarik golongan muda yang terdedah kepada teknologi terkini yang "cepat dan tepat" untuk bersama memeriahkan UMNO. Mereka yang digelar "pure UMNO" sudah makin pupus bilangannya, Ahlinya makin ramai ker sedikit yob?..

3. Kita pecahkan pula bilangan ahli UMNO yang sedikit itu begini. 70% adalah terdiri dari penyokong UMNO yang sebenarnya berkepentingan, 20% pula adalah yang berada dijalan yang lurus,manakala 10% ialah pemimpin mereka. Adakah yang 70% itu akan duduk lagi dalam UMNO kalau ekonomi mereka terjejas?.. nak yakin lagi tanyalah Khir Toyo " Mana pergi penyokongnya yang terdiri dari kontraktor selepas beliau bukan lagi MB Selangor? ".

4. Banyak keputusan dan tindakan yang dibuat oleh UMNO, tidak disokong malah dibantah oleh parti komponen mereka sendiri, Didalam isu Perak sebagai contoh, adakah keluar kenyataan mereka menyokong tindakan UMNO?, lihat pula contoh ini. "WANITA MCA berdiri teguh dibelakang Elizabeth" dan GERAKAN mahu Polis ketatkan keselamatan Karpal Singh".
Bukankah ini membuktikan UMNO keseorangan seperti juga nasib karpal Singh..heheh..

5. Suasana dan ekonomi yang menghimpit rakyat termasuk juga ahli biasa UMNO pastilah akan menyebabkan UMNO menjadi makin lemah dan lemah. Tanyalah sesiapa sahaja, " Siapa mahu hidup susah? dan "kita pilih pemimpin untuk menyenangkan kita bukan mereka dan keluarga mereka".

6. Lumrah alam telah menentukan,tidak ada satu partipun didalam dunia ini yang boleh memerintah selamanya,saat kejatuhan akan berlaku juga tidak terlepas juga Pakatan Rakyat. Ini hakikat yang perlu diterima oleh semua orang.

7. Untuk menyusah dan mengusutkan lagi keadaan perhatikan fakta dibawah..

- Adakah orang Muhyidin , Ali dan Mat Taip akan diam sekiranya beliau kalah?

- Jika Muhyidin mampu menggerakkan usaha menjatuhkan Pak Lah, tak mustahilkan beliau berusaha menjatuhkan Najib atas isu masalah peribadi?

- Serasikah Sharizat dengan kamilia kalau dia menang, dan apa pula tindakan Wanita Tebuan ?.

- Bagaimana pula kedudukan raja bogel Khir Toyo, dan KJ ..?

- Pak Lah dan orangnya bagaimana pula,perlukah mereka masuk PAS..hehehehe

- Sekiranya terbukti ,kuasa wang menjadi penentu pada pemilihan kali ini,adakah akan berlaku pemberontakan dari orang bawah? Adakah orang UMNO akan merapatkan Barisan atau bertindak keluar Barisan ?.

Apabila melihat pada fakta yang telah diberi,tak perlulah Pakatan Rakyat melatah atau cuba masuk kedalam perangkap UMNO, ORANG UMNO sendirilah yang akan merosakkan UMNO, Pakatan Rakyat teruskanlah perjuangannya dan kukuhkan mana yang belum kukuh,rapatkan mana yang dirasakan longgar.

"Sebaik-baik perancangan hanya dari Allah..ingat tu ".

Wassalam."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan