Isnin, 23 Februari 2009
Tabik hormat iringi perpindahan MB Nizar sekeluarga
IPOH (22.02.2009) : Hari ini secara rasminya MB Nizar dan keluarga berpindah meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi.
Sebaik selesai majlis meraikan petugas unit amal, bloggers dan pihak media di kediaman rasminya, MB Nizar sekeluarga berpindah ke rumah sewanya yang terletak di dalam bandar Ipoh juga. Lokasi kediaman barunya tidak di maklumkan di atas permintaan keluarga yang mahukan sedikit ruang peribadi sekeluarga tanpa gangguan mana-mana pihak.
MB Nizar memandu sendiri kereta kepunyaannya diiringi beberapa buah lagi kereta keluar daripada kediaman rasmi dengan perbarisan serta tabik hormat daripada petugas Unit Amal.
Suasana yang agak sayu bagi teman dan rakan seperjuangan sedikit pun tidak melemahkan semangat MB Nizar untuk kembali semula ke kediaman rasmi ini apabila keputusan mahkamah nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.
MB Nizar terpaksa berpindah demi mematuhi undang-undang setelah Setiausaha Kerajaan Perak memberikan notis untuk mengosongkan Kediaman Rasmi sebelum 27.02.2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan