Khamis, 26 Februari 2009

Gerak Juga Perlu Siasat Bekas MB Selangor


RAKYAT negeri Selangor mungkin merasa bangga dengan peranan dimainkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebuah NGO yang diasaskan oleh Ezam Mohamad Noor kemudian diwariskan kepada Mohd Nazree Mohd Yunus anak buahnya yang telah membuat laporan terhadap MB Selangor, Khalid Ibrahim yang didakwa melakukan salah gunakan kuasa, guna kereta peribadi untuk urusan rasmi dan juga membahagikan lembu korban untuk rakyat.

Gara-gara laporan yang dibuat oleh Gerak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, menyebabkan kedudukan Khalid sehari dua ini kurang selesa dan sikit terganggu.

Imej Khalid sebagai MB juga turut tercemar apabila SPRM bertindak lebih kuah dari sudu apabila ketuanya, Ahmad Said Hamdan telah 'menghukum' Khalid sebagai bersalah dengan ulasan media mengenai siasatan ke atas Khalid.

Cara Ahmad Said menimbulkan isu mengenai Khalid Ibrahim seolah-olah beliau sedang mempromosikan dirinya untuk dicalonkan oleh BN di Bukit Gantang saja. Apakah beliau berminat untuk menjadi ahli Parlimen?

Apakah ada pakatan antara Ezam, Gerak dan SPRM bagi mengugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?

Khalid nampaknya bersedia menghadapi tindakan SPRM dengan menegaskan dia bukan boleh digertak. Bagi Khalid cara isu itu dibangkit seolah-olah mahu menggugatkan emosinya saja. Bagaimana pun sama-samalah kita tunggu perkembangan itu dan bagaimana kesudahannya nanti. Cuma sekiranya pihak Peguam Negara tidak membawa kes Khalid ke mahkamah, Ahmad Said Hamdan hendaklah mengambil tanggungjawab atas apa yang beliau lafazkan sebelum ini.

Tidak molek kalau seorang ketua kepada suruhanjaya bebas tidak mempunyai intergriti, bersikap ‘jongkang jongkit’ dan tidak mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang beliau lakukan. Sikap begitu ia akan menyamakan Ahmad Said dengan perangai seorang ahli Parlimen bebas di Parlimen yang mengaku profesional, bijak, cerdik dan ikhlas namun moralnya hampas!
Menyentuh mengenai laporan Gerak terhadap Khalid Ibrahim yang membahagikan lembu korban pada hari raya Aidi-adha lalu ia timbul kehairanan saya kepada pihak yang melaporkan perkara itu. Apakah Gerak semata-mata melihat kepada apa yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa itu tanpa melihat kebajikan di sebalik apa yang dilakukan Khalid?

Bukankah lembu-lembu korban itu diberikan kepada umat Islam dan sebagai usaha Khalid meraikan umat Islam pada hari raya? Apakah Gerak melihat kesalahan sebegini lebih besar daripada kesalahan dan rasuah lain yang melibatkan jutaan ringgit seperti penyelewengan dalam pembelian kapal selam dan sebagai?

Aktiviti dilakukan Khalid yang berunsur rasuah begitu banyak dilakukan oleh pemimpin lain. Ia bukan saja berlaku sehari dua ini tetapi sejak 51 tahun dulu.

Secara peribadi saya ingin mencabar Gerak agar turut menyelongkarkan pemberian lembu-lembu korban oleh bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo pada tahun 2007 dulu dan juga sebelum ini. Diharap Gerak menyiasat syarikat manakah yang membekalkan lembu-lembu yang diagihkan oleh Khir Toyo pada setiap tahun?

Pada tahun 2007 sebanyak 400 ekor lembu dibahagikan oleh bekas MB itu kepada ketua-ketua cawangan atau wakilnya di satu majlis di Shah Alam, Selangor.

Jelas yang dilakukan Khir Toyo itu sama saja nilai dan darjatnya dengan apa dilakukan Khalid Ibrahim. Gerak kena siasat syarikat mana yang membekalkan lembu-lembu berkenaan dan apakah pula ganjaran yang diberikan kepada syarikat berkenaan? Kadang tempat lembu-lembu itu disimpan masih ada hari ini terletak di Batang Berjuntai. Gerak jangan hanya rajin mencari kesalahan Khalid tetapi buta kepada apa yang pernah dilakukan Khir Toyo.

Gerak jangan hanya bertindak melaporkan salah guna Khalid Ibrahim atau pemimpin Pakatan Rakyat tetapi terlepas pandang terhadap pemimpin BN dan juga bekas MB Selangor.

Kalau Gerak mesti ingat sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor satu laporan rasuah berhubung pemberian tanah kepada seorang perempuan yang telah dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman (kini pengarang Harakah). Gerak boleh menyemak kes ini dan cuba bawa semula kepada SPRM. Apakah fail berkenaan telah ditutup?

Setahu saya kes ini tidak disiasat dan sikap SPRM ketika itu BPR tidak selancang Ahmad Said dalam mengulas isu yang membabitkan Khalid Ibrahim.

Sebagai NGO bebas Gerak kena buktikan yang ianya liberal dan bebas. Kalau Gerak hanya bertindak dengan memilih bulu sama seperti SPRM dalam membuat siasat dan pendakwaan memilih bulu, maka Gerak juga lebih kurang SPRM sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kalau Gerak sampai akan dituduh sebagai alat kepada mana-mana pihak dan individu yang berdendam kepada individu lain.

Kita tidak mahu nanti Gerak akan dituduh sebagai komponen baru BN seperti mana dilemparkan kepada SPRM yang kini sedang 'memohon' untuk menjadi komponen rasmi BN. [wm.kl. 10:30 am 23/02/09]
- sumber dari blog msomelayu.(link di tajuk atas)

p/s - Gerak jangan tak Gerak...tu la pasai..lain kali siasat la dulu Mantan MB Selangor tu..ni tidak, MB yang baru setahun hangpa nak gempak diaa..silap laa...ingat Gerak, jangan berat sebelah cam jongkang jongkit serupa SPeRMa....tak pasai saja orang kata hangpa bakal Parti Komponen BN satgi...Moh, Moh...Pi Siasat nuuu....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan