"Semakin pemimpin UMNO bercakap, semakin nampak kebodohannya. Rakaman video hujah diatas menunjukkan bodoh dan dungunya pemimpin UMNO yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu.
Mereka sangat jahil dengan apa yang kononnya mereka perjuangkan. Bahasa Istana pun tidak tahu. sedangkan para pakar bahasa telah menyatakan bahawa tidak salah perkataan "sembah derhaka" yang diucapkan oleh YAB Nizar Jamaluddin itu.
Ini disahkan sendiri oleh tokoh bahasa terkenal, Dato' Dr Hassan Ahmad Hassan yang menegaskan tindakan Menteri Besar Perak itu melafaz 'sembah derhaka' kepada Tuanku Sultan Perak, jelas menampilkan tindakan 'beradab' beliau dalam menghormati institusi raja dan bukan dianggap sebagai derhaka atau penderhaka.
Pendakwah terkenal Dato Dr Haron Din yang sudah biasa dengan istana pun menyokong kata-kata "sembah derhaka".
Sebab itu tidak hairan jika pemimpin-pemimpin UMNO langsung tidak memperdulikan perjuangan tokoh-tokoh bahasa untuk menghapuskan PPSMI. Malah perkataan "UMNO" itu sendiri adalah singkatan daripada bahasa Inggeris United Malaya Nation Organization.
Meminjam sebaris sajak Dinsman "Rakyat tengok dia betul-betul gila"
ruslyislam>UMNO kena tengok balik cite lama"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan