Jumaat, 27 Februari 2009
Kekecohan di perkarangan Parlimen- 'brand' UMNO sahaja semua nya boleh
" Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian. Itu lah berita dari Utusan Malaysia 27/2/09.
Sebenar nya kekecohan itu berlaku betul-betul dihadapan pintu utama Bangunan Parlimen. Aku pun bukan nya suka sangat dengan apa yang Karpal Singh tu cakapkan. Lagi pun kita ini majoriti nya bukan tahu sangat peruntukan undang-undang yang ada. Itu pasal lah Karpal berani cakap apa sahaja sehingga nak saman sultan, sebab dia tahu undang-undang. OK lupakan dia.
Apa yang aku ingin persoalkan ialah mengapa dan bagaimana Kumpulan Pemuda UMNO boleh dibenarkan berada di bangunan Parlimen dalam jumlah yang ramai tanpa sebarang langkah kawalan dari Polis atau dari mana-mana pihak berkuasa. Mengapa bila jenama @ 'brand' UMNO sahaja semua nya boleh, tidak salah dan dibenarkan ?.
Aku memang tak tahu prosidur atau tatacara nak masuk Parlimen sebab tak pernah pergi pun. Sebelum ini ada juga pihak bukan UMNO yang nak ke Parlimen untuk hantar memorandum dan lain-lain hal, tetapi awal-awal lagi sudah disekat dan di halang di simpang masuk jalan ke Parlimen oleh pasukan keselamatan. Lebih teruk lagi ialah larangan dikeluarkan sebelum pergi pun lagi.
Ambil saja contoh dalam isu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk pergi ke Parlimen. Macam macam yang pihak Polis buat untuk menggagalkan nya. Polis kata tidak ada permohonan lah, yang pemuda UMNO ramai-ramai kat Parlimen semalam ada buat permohonan pada pihak Polis?. Kalau ada, bagus lah...
Dalam insiden pagi Selasa, 11 Disember di Parlimen, enam aktivis Bersih dan bekas Anggota Parlimen Dungun Datuk Mustafa Ali, telah ditahan oleh polis berpakaian biasa walaupun mereka berada di lobi Parlimen secara sah setelah dibenarkan masuk oleh anggota polis yang menjaga sekatan jalan raya di luar kawasan Parlimen. Ramai lagi yang kena tangkap selain dari 6 orang ini.
..........................teruskan sikap 'double standard' seperti ini, OMNO/BN akan kalah secara total pada PRU 13 nanti, mengapa?.....tak percaya ke?..............
Sekian"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan