Jumaat, 27 Februari 2009
Tol Naik : Pak Lah Nak Kaji Balik Keputusan Kabinet?
" Terkejut penulis bila membaca akhbar hari ini bila Pak Lah nak kaji balik keputusan kabinet yang dibuat 3 minggu lalu. Nampak sangat kenaikan ini sudah dirancang supaya tepat pada masa yang sesuai.
Malangnya sekarang baru sedar tak sesuai. Semestinya juga penurunan di Tol Taman Dato' Harun dan Tol Besraya juga adalah sebahagian 'set piece' kabinet dalam menaikkan harga tol yang dibuat semalam. Cantik set piece mereka tapi tak menjadi. Kini Pak Lah kata nak kaji balik.
petikan berita harian online - Perdana Menteri berkata, kenaikan kadar tol itu diputuskan Kabinet beberapa minggu lalu ketika keadaan ekonomi ketika itu berbeza. "Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk.
petikan mstar - Dipetik Bernama, Abdullah berkata. walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang. "Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya.
petikan utusan online - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Menurut Perdana Menteri, keputusan untuk menaikkan kadar tol berkuat kuasa 1 Mac ini yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed dibuat oleh Kabinet tiga minggu lepas.
Sehubungan itu, beliau mahu perkara itu dibincangkan semula dalam mesyuarat Kabinet yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.
ulusan
Komen penulis nampak macam ada yang tak kena. Timbul beberapa persoalan. Contohnya :
1. 3 minggu lalu kabinet buat keputusan tapi kenap semalam baru umum?
2. Kenapa 2 tol dihapuskan tol dan tiba-tiba menderu yang lain naik membabi buta?
3. Kenapa baru sekarang masa tak sesuai? Jarak masa 3 minggu lalu dengan hari ini tidaklah berbeza sangat kedudukan ekonomi rakyat malaysia.
4. Kenapa mesyuarat kabinet esok yang dipengerusikan oleh najib pula yang akan membuat kajian balik tentang kenaikan tol ini? Pak Lah dah 'cuci tangan' ke?
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan