Jumaat, 27 Februari 2009

Siapa Raja/Sultan Di Malaysia


" Mungkin kerabat di raja dan kebanyakan orang awam menyangka bahawa kita negara beraja dan mempunyai 9 Sultan di negeri negeri Malaysia, Johor, N. Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Trengganu & Kelantan. Dan itu yang telah di nobatkan dihati kita semenjak dibangku sekolah lagi. Tapi realiti bukan begitu.

Sultan atau Raja sebenar di Malaysia ialah UMNO, tapi mereka tidak mengaku dan takut mengaku kerana implikasi akan memakan diri. Tapi itulah hakikat sebenar

Mengapa perlu berselindung? UMNO tahu kalau orang Melayu sedar mereka bersultankan UMNO mereka akan derhaka dan tak rela di perhambakan. Melayu dari zaman purba lagi amat taat dan hormat pada sultan mereka. Sesiapa yang menghina sultan bermakna menghina maruah bangsa. Sultan adalah lambang kemegahan dan kedaulatan bangsa. Justru itu, institusi raja amat penting dalam kehidupan kaum Melayu.

UMNO telah peralatkan minda Melayu ni demi keuntuhan dan kepentingan mereka. Sesiapa yang cuba menghalang kehendak UMNO dan pemimpin mereka akan di hapuskan. Samada kita sedar atau tidak, yang UMNO hapuskan termasuk raja raja Melayu sendiri, dan buat permulaan dari segi kekebalan raja raja yang telah di londehkan. Tapi raja raja Melayu di biarkan terus bertapa di mahligai masing masing sebagai boneka. Tunduk dan akur pada semua arahan UMNO. Mana mana yang cuba bantah, akan di malukan melalui senjata tajam mereka iaitu akhbar akhbar harian seperti Utusan Melayu, Berita Harian dsb, sehingga tidak ada satu pun yang menunjukan cacat cela UMNO dan semua yang busuk dipalingkan ke raja raja. Pada waktu ini, hanya pembangkang saja yang sentiasa berdiri teguh di belakang raja raja mereka. Tapi sokongan pembangkang pun terhad kerana diancam olih “tentera tentera” UMNO yang terdiri dari PDRM seperti SB & FRU.

Bila kemelut di Perak berlaku, UMNO seperti wira pejuang institusi raja dan mempertahankan kedaulatan raja. Pembangkang di anggap derhaka. Pada hal itu adalah sebaliknya. UMNO menyokong Sultan Perak bagi memastikan kepentingan mereka sendiri terjamin. Senjata tajam mereka memainkan sentimen raja raja. Seolah sesiapa yang menyanggah keputusan Sultan sama seperti penghianat bangsa dan negara. Sultan senyum dan lupa akan jarum yang telah lama menyucuk mereka. Lupa akan pengorbanan rakyat dari kalangan pembangkang yang telah di belasah demi menjaga maruah raja raja Melayu. Hakikatnya UMNO lah sultan yang menghina minda raja raja dan orang orang Melayu.

Sultan yang agong di Malaysia ialah UMNO. Daulat UMNO hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan