KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh)- Keputusan kerajaan yang sering kali dilihat seperti 'Flip-Flop' yakni berubah dari satu masa ke satu masa dalam tempoh yang singkat, jelas tidak membantu malah menyusah rakyat dan negara.
Demikian kritik Dato� Seri Azmi bin Khalid (BN-Padang Besar) ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong, di Dewan Rakyat jam 12.00 tengah hari tadi.
Azmi mengungkap contoh mudah berhubung larangan merokok oleh kerajaan yang sering kali 'dislogankan' sebagai membahayakan kesihatan namun pada masa yang sama kerajaan juga membenarkan beberapa syarikat rokok membina kilang di dalam negara malah mengimport bahan-bahan tertentu termasuk rokok luar untuk dipasarkan ke dalam negara.
"Ini yang dikatakan 'Flip-Flop'. Satu hari boleh, esok sudah tidak boleh. Sebagai Mantan Menteri saya lihat perkara ini di mana ada projek sudah dapat kelulusan, tidak lama kemudian ianya dibatalkan," katanya.
Beliau menyatakan kes 'Flip-Flop' ini tidak hanya membabitkan projek tetapi juga melibatkan dasar kerajaan yang sering kali berubah dari masa ke semasa.
"Ini tidak baik bagi kerajaan. Malah ia membayangkan satu pentadbiran yang tidak mampu membangunkan masyarakat, golongan perkerjaan dan perniagaan khususnya bumiputra," katanya.
Sambil menambah Azmi menjelaskan isu ini juga membabitkan bidang kuasa kementerian di antara kementerian yang lain yang di lihat terhad dan bertindan antara satu sama lain sehingga terjadinya keputusan 'Flip-Flop' ini. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan