" Sekarang ni terpulang kepada MB Selangor 100% , Sultan tak mahu masuk campur , samada nak terima atau tolak perletakan jawatan ADUNnya.
Tapi , belum pun keluar siaran akhbar dari istana , media milik umno dah keluar beberapa siaran akhbarnya berkaitan dengan kes DUN N 37 ni , kerana berita Sultan tidak dapat memberi nasihat tu diketahui jam 10.44 pagi 25 hb Febuari 2009 , sedangkan suratkhabar tu telah berada di pasaran jam 12.01 tengah malam 24 hb Febuari 2009 , samada di kedai – kedai buku atau dalam talian secara ’online’Sangat menarik untuk disorot apa yang tersirat di dalamnya.
Salah satu artikelnya bertajuk " Usah direbut Bukit Lanjan , biarkanlah !!!"
Kalau dapat dipetik sikit apa yang ditulis tu
” Kononnya digembar-gemburkan bahawa media arus perdanalah yang mula-mula sekali menerima 'gambar-gambar itu'.
Namun yang sebenarnya, semasa 'berita panas' itu tersebar, masing-masing rakan-rakan tertanya-tanya adakah gambar itu?
Tiada siapa yang ada - Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star - masing-masing mencari gambar itu semasa ia mula tersebar ”.” Kalangan ahli-ahli PKR terus menyalahkan media arus perdana kononnya mereka yang memulakan penyebaran ini.
Mereka mahu menunjukkan bahawa media arus perdana itu mempunyai agenda jahat. Itu biasalah.
Sering kali akhbar arus perdanalah yang dijadikan kambing hitam ”” Bukan sahaja media yang dituduh, BN turut dituduh berkonspirasi kerana mahu menjatuhkan kerajaan Selangor.
Walaupun, pelbagai pihak di pihak BN menafikannya, tuduhan demi tuduhan tetap disebarkan ”
Penafian ini boleh lah diumpamakan seperti tetamu yang datang ke rumah kita , maka sebagai tuan rumah kita pun menghidangkan ’teh tarik tongkat ali’ dalam bekas tong taik.
Kata penulis itu lagi , yang merupakan lidah rasmi umno
Melihatkan atas kertas, sukar untuk BN menang di Bukit Lanjan. Saya berpendapat, biarlah BN tumpukan sepenuh perhatian di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sahaja.
Sekiranya Elizabeth - memutuskan mahu mengosongkan juga kerusi itu - syor radikal saya ialah biarkanlah. B
N tidak perlu bertanding.
Saya yakin akan ada calon Bebas yang akan bertanding menentang mana-mana calon PKR itu.
Ini bukan soal takut atau berani. Banyak cara lain untuk menunjukkan keberanian.Tunjukkan kepada masyarakat umum dan pengikutnya bahawa isu moral itu adalah benar dan tiada konspirasi politik itu juga adalah benar.
Yang lebih utama biar rakyat menilai sendiri bahawa itulah kualiti sebenar wakil rakyat yang ada - dalam pakatan tersebut. Jangan tunjuk yang BN bergelut sangat mahukan kerusi itu.
Manakala tajuk kedua pulak berbunyi " Bukit Lanjan Pertarungan Politik Yang Patut Dielakkan "
petik sikit di sini apa yang ditulis dalam tajuk di atas tu ,,,
” Pilihan raya kecil di Bukit Lanjan? Pemimpin dan jentera pilihan raya politik kerajaan dan pembangkang sama-sama memberikan isyarat yang mereka kurang cenderung untuk pertarungan itu ”
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mendapatkan nasihat baginda mengenai tawaran anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong untuk meletakkan jawatan sebagai anggota majlis kerajaan negeri dan wakil rakyat Bukit Lanjan.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN) dan pakatan PKR-DAP-PAS semasa ditemui Bernama menyatakan lebih suka jika pilihan raya kecil tidak diadakan di kawasan itu.
Catatan
Oleh kerana kedua – dua media ini adalah lidah rasmi parti umno , suaranya adalah nafas umno.
Apa yang dikeluarkan adalah menggambarkan pendirian parti itu.
Cuma yang menariknya kenapa cepat sangat nak naikkan bendera putih terbesar di dunia .
Minggu lepas Prof lalu kat Plaza Tol Bukit Lanjan , Plaza Tol Sungai Buloh belum nampak lagi bendera tu.
Kalau ada teman – teman yang ternampak tolong posting kan ke TKO ni
Adakah umno takut untuk menghadapi pilihan rakyat sekali lagi di PRK N 37 , sekiranya diadakan ?
Umno tidak sepatutnya menarik diri dari meletakkan calon sekiranya dibubarkan DUN n 37 , ekoran dan sekiranya MB menerima perletakan jawatan ADUN nya bagi kedua – dua jawatan EXCO dan ADUN.
Kata orang , belum cuba belum tahu.
Ini lah masa untuk umno mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya , dan bersedia menghadapi rakyat pada bila – bila masa tanpa perlu merasa takut atau was – was dengan pendirian rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan