IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat nengeri ini berhubungan rampasan kuasa BN adalah menerusi perundangan bukannya melalui kekerasan dan melakukan kacau bilau seperti di negara yang pernah terjadinya 'rampasan kuasa'
"Kita tidak memilih mengadakan demontrasi jalanan atau melakukan kekerasan dengan melakukan huru hara apabila Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan dengan cara yang tidak berakhak dan biadap dengan merampasan hak rakyat, tetapi kita memilih pendekatan undang undang, kerana itu kita failkan saman terhadap Datuk Zamry," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementaranya' di kediaman Menteri Besar di sini semalam.
Turut hadir di majlis itu Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim dan Mohd Zainudin Yusuf, Setiausaha Politik Menteri Besar, Misbahul Munir Masduki, Ketua Pemuda Perak, Nur Azli Musa dan Ahli Jawatankuasa PKR Negeri, Ismail Yusuf.
Pendekatan perundangan yang dipilih oleh Pakatan Rakyat menerusi mahkamah agar kemelut politik di negeri dapat berakhir secepat mungkin, jelasnya.
"Biar mahkamah yang menentukan Menteri Besar mana yang sah dan Menteri Besar mana yang haram," katanya.
Beliau turut meminta ahli-ahli parti PAS, KeADILan dan DAP serta penyokong penyokongnya termasuk rakyat yang bersimpati dengannya agar menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya mengenai kemelut politik di negeri ini.
"Tolong sebarkan maklumat kepada orang ramai, dengan sms, email, telefon dan sebagainya, saudara wajib telefon kepada saudara yang UMNO dan beri penjelasan yang sebenarnya," katanya.
Beliau menyeru semua pihak supaya memberikan sumbangan bagi menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. - mns _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan