"Saya amat kecewa dengan respon sesetengah pemaca terhadap artikel saya yang bertajuk kemelut politik Perak:Anwar perlu selesaikan.Sikap pengkritik yang tidak membaca serta memperhalusi tulisan artikel tersebut dengan sepenuhnya amat tidak menununjukkan sikap mereka ini benar-benar penyokong atau pendokong Pakatan Rakyat.
Cara mereka mengkritik menunjukkan mereka ini menggunakan pendekatan UMNO seperti mencaci dan menggunakan perkataan yang kesat.Amat memalukan perbuatan mereka yang dikatakan pendukung Pakatan Rakyat.Sebelum mengkritik dan melontarkan pandangan bacalah habis dan sepenuhnya dulu barulah kritik.Saya bukan barua UMNO atau sebagainya seperti yang didakwa oleh individu tersebut.
Saya menulis mengikut perkembangan dan tanpa membuat cacian atau menfitnah sebarang individu.Saya juga menghargai serta berterima kasih kepada pengkritik yang mengkritik dengan cara yang profesional dan bersantun. Mereka ini membaca dengan teliti dan habis.
Oleh itu kalau nak mengkritik gunalah cara yang dianjurkan oleh para Pemimpin PR.Sekian Terima kasih..Salam perjuangan.Dalam perjuangan jangan menghalalkan cara(jahat) kerana yang menghalalkan cara(jahat) adalah bangsa Yahudi Zionis.Wasslam..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan