Patik pacal yang hina ini, sentiasa mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan Kedaulatan Tuanku semoga Allah kurniakan dengan sebaik baiknya serta dipelihara Allah akan Singahsana Tuanku. Kepada Kerabat dan kaum keluarga Tuanku akan diberi rahmat jua oleh Allah akhirnya.
Patik pacal yang hina memohon sembah kurnia dari Tuanku semoga Tuanku memperkenankan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak pada 3 Mac 2009.
Ampun Tuanku,
Pada khidmat patik inilah masanya Tuanku menunjukkan bahawa Tuanku adalah payong kepada hamba rakyat Perak. Hanya kepada Tuanku hamba rakyat Perak berharap dan memohon lempah kurnia Tuanku masa ini.
Ampun Tuanku.
Patik pacal yang hina memohon dari hujung rambut ke hujung kaki patik, memohon perkenan dari Tuanku moga Tuanku mencemar Duli untuk memperkenankan Sidang tersebut.
Ampun Tuanku.
Patik merapat sembah kepada Tuanku, apalah kiranya Tuanku memperkenan sidang itu bagi mengembalikan keamanan Negeri Perak yang Tercinta ini. Patik yang hina ini sentiasa bersama Tuanku walau apa pun Titah keputusan Tuanku. Patik akan menjujung segala Titah Tuanku. Sesungguhnya hamba rakyat Perak menjunjung Titah Tuanku dan sentiasa bersama Tuanku. Ketaatan hamba rakyat Perak kepada Tuanku tidak pernah lulur walau sekelumit jua.
Ampun Tuanku.
Janganlah kiranya Tuanku menolak permohonan patik ini dan seluruh hamba rakyat Perak. Jangan biarkan patik dan hamba rakyat seperti anak ayam kehilangan ibunya.
Ampun Tuanku Beribu ribu Ampun
Sembah Patik harap Diampun
Patik pacal yang hina memohon Keampunan Tuanku
Kiranya bahasa dan tutur patik yang hina ini
Mendatangkan Murka Tuanku
Ampun Tuanku Beribu Ampun
Sembah Patik harap diampun
Ampun Tuanku.
Patik mohon mengundurkan diri
DAULAT TUANKU
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan