"Tatkala sedang menikmati kehidupan di zaman remaja ini, terlintas di hati dengan berbagai-bagai cubaan yang ingin melemahkan pegangan iman pelbagai godaan syaitan ingin mengajak umat MUHAMMAD S.A.W menuju jalan kesesatan dan godaan itu telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi kebanyakan remaja ISLAM negara ini yang masih bersekolah mahupun yang telah melepasi alam persekolahan.
Ramai remaja yang merempit, menghisap rokok, dadah, mengambil pil-pil khayal, sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam AL-QURAN "
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."
Disini dapat kita lihat kebanyakan perokok tegar mula menghisap rokok pada usia remaja sekitar lingkungan 13tahun dan ke atas. Dan tanpa mereka sedari juga bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang haram disisi ALLAH S.W.T. Na'uzubillah.
Tidak kurang pula dengan keadaan anak gadis remaja masa kini yang sanggup mengadaikan maruah demi cinta buta pada seorang lelaki dayus yang mengatakan sebagai tanda cinta sejati, kemajuan dan pembangunan yang pesatlah yang menjadikan anak gadis pada masa kini sebagai ahli neraka, na'uzubillah. Dengan adanya tercipta pelbagai kemudahan teknologi dan pusat penjualan kondom di merata tempat telah memudahkan golongan remaja yang baru hendak mengenal dunia tergadai maruah mereka sewenang-wenangnya oleh lelaki dayus.
Rasulullah S.A.W juga telah menyatakan bahawa di akhir zaman akan berlaku banyak maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat ISLAM itu sendiri, jadi dimana silapnya? Disinilah pihak yang mempunyai kuasa penuh perlu memainkan peranannya dan menggunakan kuasanya untuk membendung tindakan liar remaja ISLAM. ini adalah satu contoh kejayaan yahudi laknatullah dalam usaha untuk menjatuhkan ISLAM, langkah pertamanya merosakkan akidah umat ISLAM dengan pelbagai bentuk kemmungkaran dan hiburan yang berleluasa, dan kemudiannya menyeru kepada penubuhan kerajaan sekular yang jauh menyimpang dari ajaran ISLAM yang sebenar.
Disinilah kita harus sedar betapa besarnya tanggungjawab kita kepada anak-anak yang seagama dengan kita tanpa mengira apapun bangsa mereka, melayu atau cina atau india atau kadazan atau bidayuh atau yahudi sekalipun, apa yang penting ialah menekankan pengetahuan mengenai ilmu ISLAM yang sebenar berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH RASULULLAH S.A.W. Disini dapat kita lihat betapa pentingnya PARTI ISLAM memerintah negara bagi tujuan mendaulahkan ISLAM dan seterusnya menyelamatkan ribuan anak muda ISLAM yang telah jauh menuju jalan kelam.
Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi bukan sahaja mendidik anak-anak serta isteri sendiri sahaja tentang ISLAM tetapi wajib juga umat ISLAM itu mendaulahkan ISLAM di negaranya sendiri, disini dapat kita lihat betapa pentingnya kita mengundi PARTI ISLAM tidak kira dimana sekalipun negara yang kita diami, tapi adalah wajib kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada ALLAH S.W.T dan tanggungjawab kita kepada amanah yang di tinggalkan oleh RASULULLAH S.A.W kepada generasi selepasnya.
Berubahlah demi menyelamatkan generasi umat ISLAM selepas kita kerana agenda yahudi laknatullah itu bukan untuk generasi pada hari ini sahaja tetapi untuk generasi mendatang sehingga ISLAM terhapus barulah mereka akan berhenti menyebarkan dakyah-dakyah yang menyesatkan umat ISLAM. Tiada siapa yang mampu mengubah pendirian hati kita, hanya diri sendiri sahaja yang mampu melakukannya, bukakan hati kita lembutkan dan dekatkan dengan ALLAH S.W.T selalu agar dilindungi dan dirahmati sentiasa. Bersamalah gagasan perjuangan ISLAM dalam merealisasikan impian sebuah NEGARA ISLAM yang syumul.
http://panglima-perang.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan