"The Star ,26 February 2009, - by Lisa Goh- KUALA LUMPUR: PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim suffered a setback Wednesday when he failed to stop the prosecution from pursuing a revision to have his sodomy trial moved to the High Court."
Terkini! Mahkamah Tinggi menolak permohonan barisan peguambela Anwar dan menerima permohonan barisan pendakwaraya untuk membuat semakan ke atas penolakan pemindahan kes dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi.
Semua orang maklum bahawa terdapat hakim-hakim kegemaran UMNO di Mahkamah Tinggi dan hakim mahkamah sesyen yang sedia ada tidak berada di bawah UMNO. Dipercayai, dibawah hakim jenis Augustin Paul, UMNO tiada masalah untuk memenjarakan Anwar sekalipun terdapat berdozen keraguan dalam kes ini.
Pada Nov 7 dulu , hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah telah memutuskan bahawa certificate pindah kes ke mahkamah tinggi yang ditandatangani oleh Gani Patail TIDAK SAH kerana peguam negara tersebut tidak boleh terlibat dengan kes ini. PAK LAH SENDIRI BERULANGKALI BERI JAMINAN BAHAWA SI GANI PATAIL TIDAK BOLEH TERLIBAT DENGAN KES INI berikutan percanggahan kepentingan memandangkan Si Gani sedang disiasat berikutan laporan polis oleh Anwar.
Malangnya, ketua barisan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkeras bahawa SI Gani masih mempunyai kuasa untuk terlibat dengan kes Anwar.
Kalau rayuan ini diterima, Anwar tidak boleh mengharapkan keadilan dari mahkamah lagi. Tindakan mahkamah tinggi yang sudah bersetuju untuk mempertimbangkan rayuan pendakwa juga membuktikan bahawa jaminan Pak Lah dan jaminan UMNO adalah jaminan pembohong yang tiada nilai satu sen pun..........
UMNO tak pernah berhenti dalam usaha membuat provokasi dan mencetuskan huru-hara. Memandangkan rakyat tidak merusuh dan darurat tidak dapat diisytiharkan di Perak, UMNO cuba memprovokasi dengan isu Anwar pulak.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan