Ahad, 1 Mac 2009
Kehilangan Kuasa Di Perak, PR Perlu Muhasabah
" Cukup sudah! Sebelas bulan sudah memadai untuk PR di Perak. Memadai untuk membuatkan PR perlu bermuhasabah. Belum pun mendapat kuasa Kerajaan Pusat, diperingkat negeri pun PR terlalu menonjolkan banyak kelemahan dan kegagalan.
Bermain gasing pangkah memang mudah. Samada yang memangkah atau yang kena pangkah, siapa pihak yang gasingnya bepusing dan akhir sekali mati dialah yang menang. Kalau dia pihak yang kena pangkah dan menang maka dia pula mengambil giliran memangkah. Sedangkan berkuasa dan memerintah rakyat tidak semudah bermain gasing pangkah itu. Kini PR kena buat muhasabah.
1. Apa agenda PR di Perak. Agenda yang tersusun, realistik dan praktikal. Agenda yang benar-benar dapat memenuhi keperluan seluruh rakyat negeri. Bukan awal-awal lagi kelihatannya sekadar mahu memenuhi keinginan satu-satu pihak sahaja. Kalau pun alasannya masih baru, itu semua orang boleh terima. Namun apa yang rakyat mahukan ialah dapat melihat sekurang-kurangnya secara atas kertas atau tiori terlebih dulu.
2. Majoriti rakyat Perak adalah orang Melayu beragama Islam. Bekas MB Perak dari PR adalah anggota PAS. Cuba toleh kembali apa kepentingan majoriti rakyat ini yang hendak dipenuhi. Bekas MB Perak dari PAS ini sepatutnya sebaik mendapat kuasa belajar dari pengalaman PAS di Terengganu ketika berkuasa dinegeri tersebuat suatu ketika dulu. Ajaran Islam yang begitu banyak dan luas dalam berbagai aspek, yang paling ditonjolkan waktu itu ialah satu aspek ranting yang bersifat terpencil iaitu Kharaj. Di Perak persoalan geran tanah kepada segelintir rakyat yang nampaknya lebih menonjol. Manakala untuk majoriti rakyat masih belum nyata diperkatakan.
3. Apabila memerintah dan berkuasa, kedudukannya waktu itu adalah pemimpin kepada semua rakyat dan bukan pemimpin kepada ahli parti. Memenuhi keperluan bagi semua rakyat adalah tuntutan paling utama. Bahkan sebagai anggota parti yang memerintah sewajarnya perlu lebih banyak berkorban perasaan dan berkorban kepentingan demi rakyat umum. Nampaknya PR tiada bezanya dengan BN yang mengutamakan anggota parti.
4. Sebelum ini PR disifatkan sebagai, ‘A Bridge Too Far,’ Untuk menjadi alternatif kepada BN banyak persiapan yang perlu dibuat, disini ingin disentuh dua aspek:
a. Team Kepimpinan. Hingga kini belum nampak siapa tokoh-tokoh yang menonjol dalam kepimpianan PR. Sebanyak mana kementerian, MB, Exco, Duta sudah disediakan. Setiap isu akan disambut oleh calon menteri dalam PR dan akan turut menlontarkan pandangan dan idea bernas menurut dasar yang ada dalam PR.
b. Ada orang yang dilahirkan bersifat dan bersikap kontradik. Yakni suka membangkang pihak lain. Dia hanya melihat idea dan kerja orang lain dalam keadaan dia sendiri tiada idea dan kurang bekerja. Apakah PR dari kalangan yang hanya membangkang sahaja tapi idea yang kalau pun ada tidak lebih baik dari BN. Kalau begitu, PR tidak perlu berkuasa. Kecuali PR ada sistem tersendiri yang tentunya jauh berbeza dan jauh lebih baik dari sistem yan sedia ada.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan