Ahad, 1 Mac 2009

Luahan Seorang Blogger

Kerajaan Amerika Syarikat selama ini melancarkan peperangan terhadap Afghanistan, Iraq, Iran dan memusuhi negara tertentu seperti Korea Utara, Venezuela, Cuba sebenarnya mempunyai motif perniagaan. Minyak. Tetapi apa yang diberitahu kepada dunia adalah tentang keganasan dan bom nuklear. Begitulah Amerika mengawal maklumat melalui media-media mereka.


Che Det pula dalam post terbarunya menyebut pasal Tingkat 4 dan peralihan kuasa Pak Lah - Najib. Sekali lagi tertonjol isu kepentingan perniagaan dalam post Che Det.

Krisis di Perak juga sudah terlalu banyak spekulasi mengenai mengenai Gamuda, syarikat yang dikuasai oleh kerabat diRaja Perak dan belanjawan mini yang bakal dibentangkan tidak lama lagi. Bisnes.

Begitu juga selepas pertukaran pemerintahan negeri-negeri termaju di Malaysia, Selangor, Perak (kini tidak lagi) dan Pulau Pinang tiba-tiba ada pula bunyi-bunyi kontraktor Melayu mati, kekayaan Melayu tergadai. Tiba-tiba jadi isu.

Malah, Affuan pun mengakui, negeri yang paling lama dikuasai oleh pihak satu lagi itu pun 2×5 sahaja. Bisnesman akar umbi juga yang terpaksa merangkak-rangkak.

Jadi, kalau anda dengar, menonton kununnya orang-orang politik ni bercakap pasal kesetiaan kepada Raja, berbakti kepada rakyat, membantu rakyat, membantu orang termiskin, tolong Melayu, 90% yang anda dengar, baca dan tonton itu adalah bullsh*t.

Sebenarnya majoriti mereka ada kepentingan bisnes yang perlu dipertahankan. Bayangkan, sewaktu saya berkumpul di stadium pada malam pilihanraya 2008 lalu untuk mendapatkan keputusan live untuk DUN dan Parlimen saya, apabila sudah keluar keputusan tidak rasmi Selangor jatuh ke tangan PR, sudah terdengar kelompok tertentu gembira kerana boleh mula memegang tampuk kekuasaan dan seterusnya menjaga kepentingan bisnes mereka.

Sebagai seorang lulusan undang-undang saya rasa jelik melihat ada dua JKKK. Satu JKKK (N) satu lagi JKKK (P). Menyusahkan. Tapi diorang ada sebab tubuhkan JKKK (P). Biar senang nak salurkan duit kepada pihak yang dia suka dan kawan-kawan dia. Bisnes.

Ini adalah realiti.

No one care about you. They only care about themselves.

Jadi tuan-tuan, JANGAN bertanya pasal polemik ASB yang baru kepada saya. Kalau saya tulis pendapat yang tidak popular, saya akan dikecam dari segala sudut. Maklumlah, mungkin pendapat saya menyebabkan ada sekumpulan yang terasa dan periuk nasinya terjejas.

Remember, when goods are not crossing the border, the army will.

Maaflah saya ni bukan golongan ustaz. Pakar ? Janganlah anggap saya macam tu. Anda salah orang tu. Ada seseorang yang ada CFP pernah ingatkan (warning kot) saya ni bukan seorang yang bertauliah. Jadi, jangan tulis ikut sedap je. Dia betul. Jadi apatah lagi nak keluarkan pendapat berkaitan agama.

Saya tak tahu banyak benda. Tiap-tiap hari saya belajar benda baru. Saya tak pernah tulis buku. Saya tiada kelayakan professional. Saya cuma pandai merapu dalam blog. Terima kasihlah kepada anda yang membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini. Maklumlah, saya cuma seorang blogger yang hensem. Saya dah ingatkan dah di sini.

Sebol berpendapat semasa berborak di YM, saya perlu terus jadi semacam golongan idealis. Dengan harapan ada pembuat polisi negara yang akan tertarik dengan idea saya. Jadi, boleh ubah sesuatu yang tidak betul.

Tapi saya bukannya boleh mengubah dunia. Mengubah sistem. Saya tak mampu nak lawan sistem. Saya cuma boleh adjust diri saya mengikut sistem yang sedia ada. Saya cuma mampu ubah diri saya sendiri. Sebab sayalah yang paling berkuasa terhadap diri saya sendiri.

Credit : pakdy.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan