"Assalamualaikum,,..
Ada manusia yang tidak berotak masih mahu menjadi badut dengan mengikut arahan yang bertentangan dengan kedudukan masyarakat bertamadun yang mengikuti lunas lunas perundangan.Peristiwa mengunci Dewan Undangan Negeri Perak dan tindakan menghalang para wakil wakil rakyat yang dipilih secara sah melalui pilihanraya memasukinya untuk bersidang adalah perbuatan tidak bertamadun dari badut badut ini.Peristiwa ini sungguh memalukan bagi negara yang selama ini mendakwa sebagai negara bertamadun dan mengikuti lunas lunas perundangan serta kontrak sosial yang telah lama dipersetujui sekaligus ianya merupakan kejadian yang memalukan rakyat.
DUN Perak ditubuhkan melalui peruntukan perlembagaan dan perundangan yang telah lama diikuti oleh sistem politik negara.Ianya bukan tempat yang dikuasai oleh eksekutif pentadbiran tetapi adalah milik rakyat Perak dan mereka yang diberi mandat untuk mendudukinya ialah wakil rakyat yang dipilih secara sah melalui pilihanraya.Itu adalah tafsiran perundangan bagi sebuah DUN.Hanya mereka yang dipilih oleh rakyat layak mendudukinya untuk membentangkan segala perkara berkaitan kehidupan rakyat.
Ini bermakna, kalau sesebuah DUN hendak dikunci dan dikawal oleh polis ianya mesti dengan persetujuan majoriti rakyat.Tidak ada pihak lain selain rakyat yang layak membuat keputusan sedemikian rupa.Tetapi dalam kes DUN Perak, SUK dan badan eksekuitf pentadbiran nampaknya mencabuli undang undang ini dengan mengambil langkah yang bertentangan dengan hak dan mandat yang diberikan kepada mereka.Perkara ini juga boleh dilihat sebagai salahguna kuasa, oleh itu SPRM sepatutnya campurtangan dengan menyiasat dan mendakwa SUK serta pihak pihak yang terlibat dalam peristiwa ini.
Suara suara yang banyak kedengaran ialah SUK menjadi badut kepada pihak yang tidak mahu persidangan tergempar DUN Perak menjadi kenyataan.Walaupun SUK tidak mempunyai mandat dan kuasa berbuat demikian tetapi kerana terdapat pihak lain dibelakangnya serta penglibatan polis yang langsung tidak masuk akal, maka SUK sebagai badut tetap mengambil langkah demikian.
Sungguh malang kerana sesudah lebih 50 tahun merdeka, masih ada pihak memilih cara yang tidak bertamadun untuk berdepan dengan krisis ini.Sungguhpun penyelesainya nampak mudah seandainya DUN Perak dibubar dan pilihanraya diadakan semula tetapi ada pihak yang enggan menerima seruan rakyat ini.Mereka masih tetap mahu menguasai pemerintahan Perak dengan cara yang tidak berpelembagaan dan bertentangan dengan aspirasi rakyat.
Akibatnya, kita menyaksikan satu perlakuan tidak bertamadun dari mereka dengan menjadikan SUK dan polis sebagai badut.Hak rakyat dicerobohi, dicabuli dan dinafikan sewenang wenangnya.Namun SUK tetap dipertanggungjawabkan dalam peristiwa ini.SUK seharusnya dipecat dan didakwa di mahkamah kerana pencabulan ini dan sesungguhnya inilah mesej rakyat kepada PR seandainya berjaya menguasai semula Perak dengan sokongan rakyat.Demokrasi negara tidak akan mampu dinafikan selama lamanya dan suara rakyat lambat laun akan mengatasi semua kepalsuan yang dilakukan ini.
Pecat dan dakwa SUK apabila mandat diperolehi semula oleh PR."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan