Sabtu, 14 Mac 2009

Mini bajet: yg dibentang baik, yg membentang fasik


" Kerajaan mengambil inisiatif membentang pakej rangsangan kedua bernilai RM60 bilion. Samada benar-benar prihatin dengan nasib rakyat dan negara atau tidak, hanya Allah yang tahu. Zahirnya, ia kelihatan baik untuk rakyat dan ekonomi negara.

Tapi yang membentangkannya ialah Najib Tun Razak. Itupun kerana ditakdirkan Allah beliau menjadi Menteri Kewangan. Ketika pembentangan, dilaporkan ramai dari kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat tiada di dalam Dewan.

Mereka bukan tidak prihatin.Mereka mendengar dan mengetahui tentang pembentangan itu. Cuma mereka tiada di dalam Dewan sahaja. Kenapa mereka tiada di dalam dewan? Tanyalah mereka.


Kalau ditanya kepada saya, saya akan sebut orang yang membentangkan pakej itu seorang yang tersangat fasiknya, walaupun yang dibentang itu baik. Di sekeliling pinggangnya penuh skandal tak terlerai.


Kalau peribahasa dahulu menyebut, hutang keliling pinggang, tapi peribahasa untuk Najib ialah ‘skandal sekeliling pinggang’. Isu pembelian kapal selam dan komisennya, isu pembelian Eurocopter, isu pembunuhan Altantuya yang tak didedahkan siapa pengembala kambing hitamnya, isu Rosmah berbelanja mewah dan membazir diluarnegeri, isu siapa konspirator liwat Saiful, isu kidnap wakil rakyat sehingga kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dan macam-macam lagilah!


Semua isu dia atas masih relevan dan sebahagian besarnya masih belum terlerai dan terjawab. Dan muka Najib itulah yang membentangkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM60 bilion itu. Anda rasa ada keberkatan dari pakej ini dengan jumlahnya RM60 bilion tapi yang bentangnya si fasik?
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan