Analisis Isu Oleh farmer
" Inilah akibatnya apabila perlembagaan Malaysia tidak berteraskan undang-undang Islam. Matlamat menghalalkan cara pasti menjadi pegangannya. Sebenarnya Malaysia masih mampu berdiri kerana kita mempunyai rizab dan simpanan yang tinggi. Kadar KDNK kita juga memberangsangkan. Cuma masalahnya berlaku ketirisan di dalam pengurusan sumber tersebut. Jadi untuk menampung aliran ketirisan itu, maka sumber kewangan lain cuba dicari.
Dan sebagai sebuah negara sekular, maka judi menjadi pilihan kerana alasan yang paling mudah, tak apa kita negara berbilang kaum, lagipun kita mengambil duit orang kaya yang suka berjudi dan yang berjudi tu pun ramai yang bukan Islam. Inilah fatwa-fatwa tepi jalan yang menjadi alasan kepada sokongan terhadap tindakan kerajaan itu.
Kepada kerajaan PR, jangan rasa selesa sangat mendendangkan lagu kelemahan orang. Lihat sendiri negeri-negeri yang menjadi jajahan PR. Banyak lagi yang perlu diambil tindakan. Sudah setahun PR memerintah. Sepatutnya pelan tindakan atau blueprint untuk mengurangkan permit premis judi sudah ada dan sedia untuk dilaksanakan. Begitu juga dengan premis-premis jualan arak. Malahan di negeri Selangor sepatutnya sudah ada sedikit sebanyak perancangan untuk menutup kilang-kilang arak.
Ingatlah rakyat akan sentiasa memantau apa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah sama ada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri. Jika dilihat tidak ada perubahan oleh kerajaan negeri selama memegang tampuk pemerintahan, jangan salahkan rakyat jika pada PRU 13 nanti undi beralih arah.
Setahun merancang, sekarang sudah sampai masanya untuk melancarkan tindakan. Kurangkan premis judi dan arak. Mulakan dengan negeri Kedah dan diikuti Selangor. Kepada Kelantan, Syabas dan Tahniah!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan