Berikutnya adalah berita yang disampaikan oleh akhbar online Sinar Harian bertarikh 29 Mac 2009. Berita ini adalah syor seorang perwakilan dalam PAU baru lepas dan adalah sangat memeranjatkan. Ia menunjukkan bahawa Umnomore tidak serius dalam menyekat dan membanteras jenayah rasuah/politik wang. Jika syor wakil tersebut diterima maka Umnomore sudah gostan dan bukan ke depan. Ini adalah tambahan satu lagi kepelikan dalam Umnomore.
"KUALA LUMPUR - Kepimpinan baru UMNO disaran meminda Perlembagaan parti untuk membubarkan Lembaga Disiplin yang didakwa mencetuskan suasana tidak kondusif di kalangan ahli parti.
“Bubarkan (Lembaga Disiplin) dan lantik ahli yang baru,” kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dari Bahagian Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau berkata, tindakan lembaga itu dalam urusan siasatan politik wang telah menyebabkan suasana tidak tenteram di kalangan ahli UMNO.
“Lembaga Disiplin buat keputusan ini didakwa, ini tidak didakwa menyebabkan kita (orang UMNO) berkelahi.
"Saya minta Presiden UMNO baru (Datuk Seri Najib) pinda perlembagaan. Bubarkan Lembaga Disiplin,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, semalam."
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2591627.asp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan