Penyudah yang menarik. Itu sahaja apa yang mampu diungkapkan mengenai labuhan tirai perhimpunan agung Umno. Kalau perhimpunan itu adalah orang nak mati, mungkin dia mati macam P Ramlee mati dalam Ali Baba Dan 40 Penyamun. “Mati beriman daaa…”, katanya.
Dimana menariknya?
Najib janji nak ubah Umno, Muhyidin janji akan setia dengan Najib dan paling menarik, Dr M janji nak masuk Umno balik. Hasmah tak janji sebab rasanya dia tidak keluar. Sangat mudah untuk menunaikan janji masing-masing. Cuma ubah, setia dan masuk. Memang menarik.
Namun penyudah yang menarik itu bukan segala-galanya. Penyudah itu hanya di bangunan Umno sahaja dan sesama orang Umno pula. Apa yang indah di bangunan itu belum tentu akan indah juga di luarnya. Hakikatnya, Umno perlu berhadapan dengan orang Umno dan bukan Umno di dunia sebenar, di luar bangunan Umno.
Tentu suasana di luar dewan tak sama dengan penyudah di dalam dewan.
Boleh dikatakan (?) semua yang ada di PWTC adalah mereka yang setia dengan Umno. Mereka adalah perwakilan, pemerhati dan peminat Umno. Katakan 10,000 orang. Di luar bangunan PWTC pula ada lebih 2 juta orang Umno yang belum tentu setia dengan Umno seperti seperti kesetiaan 10,000 tadi.
Di luar bangunan PWTC juga ada hampir 30 juta rakyat Malaysia yang mencebik mulut kepada Umno. Mereka yang mengeboo Khairi di dalam dewan hanya beberapa ratus orang sahaja. Itu yang Khairi dengar. Namun yang mengeboo Khairi di luar dewan adalah jutaan orang dan Khairi tidak mendengarnya.
Justeru adakah Umno mampu mempamerkan ‘penyudah’ yang menarik di luar bangunan PWTC seperti di dalamnya.
Saya percaya Najib syok sebab jadi Pres Umno. Muhyidin pun syok juga sebab jadi Tim Pres. Shahrizat, Khairi dan Rosnah pun syok juga. Isteri atau suami masing-masing juga syok. Tapi belum tentu semua ahli Umno syok macam mereka syok. Pastinya jutaan rakyat tak teringin pun nak rasa syok macam mereka syok.
Mereka syok di bangunan itu, tetapi belum tentu mereka akan rasa syok yang sama bila melangkah ke luar bangunan. Pemimpin Umno jangan sangka semua rakyat Malaysia syok macam mereka syok.
Biarkan mereka syok. Syok sebegitu namanya syok sendiri.
Umno jangan lupa rakyat Malaysia juga akan syok. Bahkan syok mereka melebihi syok pemimpin Umno di bangunan PWTC. Bila?
Rakyat Malaysia sangat syok kalau Umno kalah di Bukit Gantang.
Rakyat Malaysia sangat syok kalau MIC kalah di Bukit Selambau.
Rakyat Malaysia sangat syok kalau BN kalah di Batang Ai.
Akhirnya, rakyat Malaysia sangat, sangat, sangat syok kalau Umno terus syok sendiri.
(Layari http://bongkarsauh.blogspot.com/)
i dah mula syok.......papai !!
BalasPadam