Sabtu, 14 Mac 2009

Rahsia, Kenapakah Hishamuddin Mahu Meneruskan PPSMI?

Sedikit sebanyak, apabila soalan ini ditanya. Pelik juga, walaupun PM sendiri telah menyarankan supaya isu PPSMI diambil tindakan segera, namun Hishamuddin seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. PPSMI yang sudah dilaksanakan selama 6 tahun, sudah banyak memberi pengajaran kepada semua, termasuk anak-anak polis yang menembak gas pemedih mata ketika demostrasi tempoh hari.

Saya sering terfikir, kenapakah Hishamuddin beriya-iya untuk meneruskannya walaupun sudah lebih 100 000 orang berhimpun menentang dasar tersebut. Persoalan ini sudah berada di benak kepala Hishamuddin sendiri, dan ia mungkin tidak diketahui oleh Pak Lah sendiri. Secara umumnya, Hishamuddin merasa tertekan dan tersepit di tengah-tengah dua tekanan.

Tekanan pertama, beliau perlu berhadapan dengan 100 000 orang rakyat yang terang-terang membantah PPSMI. Bahkan ia lebih jauh dari angka tersebut. Manakala tekanan kedua yang dihadapi olehnya, ialah syarikat cetakan buku, jawatankuasa, panel penyemak dan sebagainya yang telah mengusahakan pelaksanaan PPSMI sejak 6 tahun dahulu.

Sudah pasti Hishamuddin merasa tertekan apabila beliau sudah membuat perjanjian dengan mana-mana syarikat untuk melancarkan proses tersebut. Lebih teruk lagi apabila syarikat tersebut adalah kroninya sendiri. Sudah pasti, beliau sendiri berjuang untuk mempertahankan keuntungan dan perjanjian dengan syarikat tersebut.

Semua adalah satu kemungkinan, yang tidak boleh dinafikan kebenarannya, juga tiada bukti untuk mengesahkannya.. Sudah pasti Hishamuddin akan menanggung malu atau kerugian yang besar sekiranya PPSMI dihapuskan. Silibus dari tahun satu sehingga tingkatan 6, sudah pun dibuat, begitu juga berjuta-juta buku teks sudah pun dicetak untuk penerusan pelaksanaannya.

Namun, ia terhenti di tengah-tengah jalan kerana bantahan daripada rakyat tentang sistem tersebut. Bayangkanlah perasaan Hishamuddin ketika ditekan oleh dua perkara ini. Adakah saya juga menyokong PPSMI, tidak!.. Saya adalah berpihak di bahagian pembantah PPSMI sekeras-kerasnya.

Ini kerana, adakah kita hendak memupuskan bangsa Melayu kerana disebabkan cetakan buku? Atau disebabkan tindakan yang telah dilakukan? Hakikatnya, Hishamuddin berada di antara dua kemudharatan. Sekiranya ditelan mati mak, diluah mati bapak. Bagaimanakah penyelesaiannya? Tak peru telan, dan tak perlu luah, tetapi pergilah bedah!

Ketika ini, sekiranya Hishamuddin tidak mahu menanggung semua itu, beliau akan menjahanamkan anak bangsa. Mana satukah yang lebih penting? Kepentingan peribadi atau keperluan masyarakat? Fikirlah wahai Hishamuddin, sekiranya anda seorang gembira dengan penerusan PPSMI, anda akan menyebabkan rakyat Malaysia menangisi perbuatan tersebut dan bangsa anda akan musnah.

Sekiranya anda hanya memikirkan periuk nasi sendiri, anda akan teruskan PPSMI, yang akan menjahanamkan bangsa sendiri. Boleh jadi, anda adalah Melayu Terakhir, dan sudah pasti, anda adalah satu-satunya bangsa Melayu yang hidup kekenyangan. Kalau hendak difikirkan, bangsa Melayu akan disisihkan, tidak dipandang dunia, kehilangan identiti dan jati diri. Ia akan terkubur bersama hikayat-hikayat dan tinggalan sejarah.

Keuntungan yang anda dapat daripada cetakan buku dan silibus itu, boleh dikorbankan buat sementara waktu. Banyak lagi keuntungan yang boleh dikaut. Sekiranya anda pandai berpolitik, anda akan memansuhkan PPSMI serta merta. Tetapi, janganlah anda gagal berpolitik dan menyebabkan seluruh rakyat Malaysia benci dengan tindakan anda. Tidak cukupkah kekayaan sebagai seorang menteri?

Salam Perjuangan

Dr Fikrah

1 ulasan:

  1. Salam
    Ini hanya andaian... sekiranya ada bukti... sila kemukakan untuk mengukuhkan andaian.

    BalasPadam