Negeri Sembilan adalah pilihan lokasi bagi sambutan Mei 1 2009 yang tinggal 50 hari lagi. Tahun lepas bagi julung kalinya menyaksikan barisan ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyertai sambutan Hari Pekerja bersama-sama rakyat akar umbi di Kuala Lumpur.
Sambutan kali ini adalah yang ke -16 yang akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1 yang mula menganjurkan Sambutan Mei 1 ini sejak tahun 1994. Sebelum tahun 1994 juga, banyak parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menganjurkan Sambutan Hari Pekerja. Jawatankuasa Mei 1 adalah satu inisiatif untuk menyatukan semua kumpulan ini untuk menganjurkan satu sambutan nasional yang berjaya dibuatnya sejak tahun 1994.
Suasana politik Malaysia yang sedang rancak dan mencabar serta dengan krisis ekonomi global akan turut menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna untuk masyarakat menuntut hak mereka daripada kerajaan.
Jawatankkuasa Mei satu mengalu-alukan semua untuk menyertai hari yang bersejarah dan maklumat terperinci akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Untuk menyertai Jawankuasa Mei 1, 2009 atau maklumat lanjut, sila hubungi Nalini M: 012-6529491.
Hidup Pekerja! Hidup Perjuangan Pekerja
Salam perjuangan
Madhavi
Lawati : http://greensocialis.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan