Jumaat, 13 Mac 2009

Rais Yatim, Pakar Pembelit Perlembagaan...

"Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Rais Yatim, menteri luar yang semakin kemaruk jawatan nampaknya sudah lama lupa bagaimana beliau "membakar jambatan" dan tampil sebagai badut yang bebal dan suka membelit.Beliau tampil memberi taklimat mengenai persidangan DUN Perak dibawah pokok yang kononnya tidak mengikuti lunas lunas perlembagaan serta undang undang tubuh negeri Perak.Menurut Rais Yatim si badut, persidangan tergempar DUN tidak wajar diadakan tanpa persetujuan sultan.Inilah taklimat yang memutarbelit undang undang tubuh negeri Perak dari seorang yang dicanangkan sebagai pakar perlembagaan oleh kerajaan UMNO/BN.Pakar yang haprak dan bertindak sebiji macam badut yang membuat lawak bodoh dipentas sakrak UMNO/BN.

Hari ini rakyat sudah tidak boleh ditipu hanya dengan perkataan wajar kerana kewajaran berbeza dengan peruntukan undang undang yang mahukan perkataan mesti digunakan.Rais Yatim tidak mengatakan perkenaan sultan mesti diperolehi sebaliknya hanya menggunakan perkataan wajar sesudah membelit di sana sini peruntukan dalam undang undang tubuh negeri Perak.Inilah standard seorang pakar bagi kerajaan UMNO/BN.Namun rakyat mahu tahu kenapa Rais Yatim tidak menggunakan perkataan mesti dan sehingga sekarang rakyat tidak diberitahu oleh pakar badut perlembagaan kenapa undi tidak percaya tidak dijalankan di Perak sebagai bukti nyata bahawa MB sudah hilang majoriti.

Pakar perlembagaan tidak langsung menyebut mengenai perkara ini tetapi sebaliknya dalam kenyataan terbarunyanya, si badut Rais Yatim menuduh rakyat yang membantah kejadian di Perak sebagai buta perlembagaan.Si badut terus menerus menyatakan kuasa dan hak sultan Perak sebagai mana di beri oleh perlembagaan dan undang undang tubuh negeri Perak tidak difahami rakyat.Si badut terus mendakwa kuasa dan hak sultan Perak melantik dan memecat MB ada termaktub dalam undang undang tubuh Negeri Perak.Inilah jadahnya kalau ingin terus mempertahankan kuasa dengan cara yang pelik dan aneh.Si badut tidak pula menyatakan penyelelesaian terbaik dalam krisis Perak ini ialah mengadakan pelihanraya semula dan mana mana parti yang menang secara adil dan betul akan diberi hak mentadbir negeri Perak tanpa sebarang bantahan.Sebaliknya si badut menuduh rakyat yang memberontak sebagai dengki kepada kerajaan yang dibentuk oleh BN serta dengan nada kelakar si badut mengatakan kerajaan Perak sekarang ialah pilihan rakyat Perak.

Si badut terus membelit fakta.Kalau kerajaan sekarang merupakan pilihan rakyat Perak kenapa rakyat Perak terus memberontak? Tetapi si badut cuba mengalih pandangan dan membohongi fakta dengan mengatakan bahawa pembangkang (PR) cuba mengambil kesempatan tetapi si badut lupa bahawa rakyat tidak lupa dengan apa yang berlaku.Si badut juga cuba mengajak rakyat lupa kepada fakta bahawa kalau benar PR cuba mengambil kesempatan, sudah tentu rakyat kebanyakan tidak akan tampil menyokong dengan begitu ramai dan dengan pengorbanan duit poket sendiri.Sudah tentu perkara yang sering dilakukan oleh UMNO/BN untuk men"sponsor"kan rakyat akan dilakukan oleh PR kalau benar PR mengambil kesempatan.

Inilah lawak si badut apabila beliau mengatakan rakyat buta perlembagaan.Si badut bercakap sebagai seorang pakar perlembagaan tetapi apa yang dapat didengar dari kenyataannya ialah beliau sendiri buta perlembagaan.Si badut juga buat endah tak endah kepada kenyataan dan penjelasan Prof Aziz Bari, seorang pakar original perlembagaan.Si badut seolah tidak dengar dengan penjelasan Prof Aziz Bari bahawa sultan tidak ada kuasa memecat MB dan buat buat tak dengar dengan cadangan penyelesaian krisis perlembagaan di Perak secara politik yang matang dari prof Aziz Bari.Si badut juga seolah enggan menerima penjelasan Prof Aziz Bari bahawa persidangan DUN Perak di bawah pokok itu sah disisi undang undang serta sidang tersebut tidak memerlukan perkenan sultan.Si badut pejam sebelah mata kepada peruntukan undang undang tubuh negeri Perak yang memberi kebenaran kepada speaker memanggil sidang tergempar tanpa perlu perkenan sultan sebaliknya memainkan peruntukan yang mengaitkan sultan dalam persidangan DUN serta menghubungkannya dengan perkataan wajar.Ini merupakan tipikal seorang pembelit dan nampaknya si badut lebih layak di gelar pakar pembelit perlembagaan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan