Ahad, 15 Mac 2009

Renungan bersama

"Pengumuman calun 16 hari sebelum hari penamaan calun memberi kesan yang kurang baik kepada BN sebab dalam tempoh itu orang ramai menjadikan calun sebagai bahan perbincangan menyebabkan berbagai2 kelemahan calun dibongkar.

Calun adalah seorang pemimpin yang tidak memiliki pengalaman mengendalikan pilihanraya, dimana bilamasa beliau tidak bertanding dalam PRU12 beliau tidak main peranan menerajui pilihanraya.

Calun telah dilemparkan dengan label “sombong” dimana satu tuduhan yang ada kena mengena dgn character beliau dan susah untuk di tepis oleh jentera parti melainkan beliau berubah. Calun bergerak bersendirian tanpa mengikuti program yang diatur cawangan dimana lawatan beliau tidak banyak menarik undi. Calun “over expose” kepada liputan midea terutama media eletronik dan apa jua statement yang dikeluarkan menampakkan kelemahan beliau kepada orang tempatan.

Calun juga telah melantik wakil calun yang tidak memiliki character yang boleh membantu calun. Kehadiran wakil calun tidak dirasai oleh jentera parti.Calun tidak berupaya membaiki hubungan dengan keluarga Allahyarham Dato Razali Ismail, ini menyebabkan cerita ini tersebar dan membuat pengundi kalangan guru yang peminat Allahyrham tidak memihak kepada BN

Calun yang mengadakan mesyuarat lewat malam dengan jawatankuasa khas beliau dirumahnya tiap2 malam, menjadikan Badan Perhubungan sasaran tuduhan kononya Perhubungan sabotaj dgn tidak menghantar peruntukan. Calun juga di sebar dengan maklumat yang beliau akan diangkat menjadi Menteri penuh selepas kemenangan dan ini menyebabkan musuh politik beliau kurang semangat bekerja."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan