"Salam ukhwah,
Perhimpunan PPSMI baru-baru ini berkesudahan dengan agak kecoh. Perhimpunan bagi membantah "Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris" yang dihadiri oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu dari pelbagai lapisan masyarakat tidak kira yang berpendidikan tinggi atau rendah, yang berpangkat atau tidak, yang kaya atau miskin, yang berparti atau tidak, tidak kira apa suku kaumnya atau agamanya, masing-masing memperjuangkan keunggulan satu bahasa yang menjadi teras utama komunikasi antara kaum di Malaysia.
Kiranya inilah satu alat penghubung dan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Perhimpunan yang berlangsung secara aman dan mendapat restu dari pihak Istana Negara, yang dijangka akan berlangsung dengan aman berkesudahan dengan satu tindakan provokasi dan kekecohan oleh pihak PDRM yang seperti biasa mendapat "green light" dari pimpinan UMNO&BN. Sampai bilakah PDRM akan sentiasa menjadi agen dan jentera UMNO&BN? Tidakkah kamu sedar bahawa UMNOBN akan berkesudahan dan menjadi bangkai dalam masa terdekat nanti. Dimanakah kamu ketika itu?
Saya amat meminati PDRM ketika dibangku sekolah lagi, mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita di kaca televisyen lakonan Jackie Chan dan beberapa aktor yang lain, nampak hebat dan bergaya namun sedikit demi sedikit terkikis apabila meningkat remaja. Mungkin kerana setelah menyedari hakikat sebenar PDRM di Malaysia.
Pernah satu ketika setelah tamat pengajian di UPM saya dipujuk oleh seorang kawan untuk menyertai PDRM yang mana akan ditawarkan jawatan "Inspektor" dengan kelulusan yang ada. Secara spontan saya menjawab "Na'uzubillah". Maaf saya katakan, bukan bermaksud menghina tugas PDRM, tetapi dari apa yang saya lihat, dengar dan baca. PDRM banyak bertindak atas arahan tanpa memikirkan arahan tersebut betul atau tidak. Bagi mereka, menurut arahan adalah lebih utama. Soal kebenaran itu kemudian. Itulah yang terjadi dalam beberapa tragedi di Malaysia satu ketika dahulu. Saya menyeru semua saudara mara, sahabat handai, kenalan dan semua yang menganggotai PDRM supaya bertindak dan bersikap rasional dengan tugas anda.
Pernah saya dimaklumkan oleh seorang sahabat satu ketika dahulu agar menonton sebuah filem hindi lakonan Shah Rukh Khan bertajuk "Phir Bhi Dil hai Hindustani". Di mana di dalam satu babak di dalam filem tersebut bagaimana heronya yang cuba merempuh halangan polis bersama rakyat yang marahkan pemimpin mereka, berarak dan kemudiannya polis yang membentuk halangan diarahkan supaya menembak rakyat yang berarak tersebut. Kumpulan polis tersebut mengeletar dan kemudiannya berkata, "bukan sebab ini kami memasuki Akademi Polis" serta meletakkan senjata. Adakah PDRM akan sampai ke tahap ini. Saya tidak nafikan ada anggota polis yang tidak suka kepada penglibatan dan pengkhianatan ini, namun usaha permurnian tugas untuk itu perlu ada.
Saya amat teruja namun sedih melihat rakaman ini, bagaimana seorang kapten jet pejuang Israel, Yonatan Schapira yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pimpinan Israel yang menipu tenteranya untuk diarah perang di Palestin. Beliau menganggap tindakan tersebut adalah tidak bermoral dan kejam. Pelik tapi benar.
Lihatlah bagaimana kapten tersebut bertindak secara tegas dan rasional terhadap tugasnya, meminggirkan arahan jika arahan itu jelas bertentangan dengan kebenaran. Bagaimana pula dengan sikap anda wahai PDRM? Rakyat tetap rakyat, pemimpin akan bertukar, kebenaran pasti akan tertegak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan