"IPOH: Menteri Besar Kudeta Negeri Perak, Zambry Abdul Kadir menuduh tanpa asas tindakan Pakatan Rakyat membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di tempat berlangsungnya Sidang Tergempar DUN Perak pada 3 Mac lepas serta menanam lima batang pokok sebagai yang disifatnya tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja.
Beliau mengaitkan sekali lagi ini sebagai tanda penderhakaan apabila Pakatan Rakyat menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.
Dengan melindungi fakta sebenar kenapa sidang itu diadakan di bawah pokok dan kenapa ianya sah disegi undang-undang, Zambry "berkokok" ke hulu dan kehilir dengan kawalan ketat dari pasukan keselamatan.
"Kita lihat mereka mengatakan itu adalah tempat dan pokok demokrasi, tetapi bagi saya ia adalah tempat 'patik mohon sembah derhaka' sebenarnya. Itulah punca dan kemuncak yang mereka lakukan," dakwanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran Bulan Dakwah peringkat negeri oleh Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.
Mengenai penanaman tambahan lima pokok , beliau berkata, pihak Pakatan Rakyat mengetahui bahawa kawasan tanaman itu adalah kawasan rizab jalan dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sehubungan dengan itu beliau mempertiakai tindakan itu adakah sudah mendapat kelulusan MBI atau belum .
Kenyataan Zambry hari ini adalah jelas menggambarkan beliau dam dilema dan ketakutan dengan sambutan yang kuat dari rakyat berbilang bangsa dan agama kepada Pakatan Rakyat setelah dia dan kuncu-kuncunya melakukan kudeta di Perak.
Malam tadi dalam pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya P 059 Bukit Gantang seramai hampir 30,000 orang memenuhi dataran ceramah yang disediakan. Saya cabar UMNO untuk kumpul penyokongnya seramai itu dalam tempoh terdekat !
Yakinlah Zambry semakin menghampiri hari-hari akhir sebagai Menteri Besar yang tersingkat usianya dalam sejarah politik Perak malah di Malaysia.
Keghairahan penyokong UMNO sendiri nampak tidak menyebelahi Zambry dan tindakannya. Kalau benar tindakannya dan kenyataan rakyat menyebelahinya, kenapakah pada 3 Mac cuma "samseng tahi minyak" yang datang mempertahankan dewan dari kami memesuki dewan.
Itupun mereka sudah berundur namun ahli-Ahli Yang Berhormat terpaksa akur dengan benteng FRU yang diarah oleh tukang arah yang tidak sepatutunya.
http://idhamlim.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan