Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, "kalau tidak berkait dengan politik mengapa pakej rangsangan itu diumumkan menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi. Jadi jelas apa yang dilakukan bukannya semata-mata mahu memulihkan ekonomi negara sebagaimana didakwa
Pakej rangsangan melalui pemberian kontrak pembangunan tanpa telus dikhuatiri menyubur lagi amalan kronisme. Projek hanya diberikan kepada kroni-kroni tertentu sahaja yang mengakibatkan kos lebih tinggi berbanding harga sebenar.
Kemungkinan akan berlaku ketirisan peruntukan disediakan kerajaan sehingga akan melemahkan ekonomi negara dan bukannya memajukan ekonomi. Masaalah juga timbul kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mengambil bagi dalam menjayakan projek tertentu ditetapkan kerajaan pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Kerajaan hanya mengekalkan kaedah projek pembangunan secara konvensional.
Walaupun pakej itu nampak besar, namun ia belum mampu menjayakan tahap pembangunan seperti diharapkan, apa lagi mahu memulihkan ekonomi negara. Persoalan juga timbul iaitu dari mana wang berkenaan akan dikeluarkan kerajaan bagi menjayakan pakej tersebut?
Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan menyusun semula struktur ekonomi negara ekoran kegawatan ekonomi yang melanda sekarang dan bukan hanya mengumumkan jumlah angka tertentu semata-mata".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan